Tuesday, January 22, 2013

36week6day


Esok cukup-cukup 37week Alhamdulillah checkup hari ni semua ok & terkawal
kepala baby pun dah kebawah & rasanya tadi nurse cakap makin kebawah
mungkin aku akan bersalin bila-bila masa jer.

Tapi rasa cam lambat jer lagi....kalau ikutkan hati memang x sabar
tambah2 x tau gender baby membuatkan aku lagi x sabar
tapi....setiap kali nak tido rasa cam cuak jer takut-takut pun ada
yelahhh....buatnya tengah-tengah tido kuar tanda mau kelam kelibut jugak rasanya.

Yang membuatkan aku rasa risau bila fikirkan Arissa, tambah-tambah
anak buah & adik ipar aku dah nak balik. Tapi sedikit lega adik aku dapat cuti
2 pun sampai hujung bulan jer.kalau baby kuar hujung bulan & kebetulan adik aku masih ada
rasa lega sikit. sekurang-kurangnya x de la kelam kabut sangat.

Nak mintak ma aku mai cni cam kejam sangat nak biarkan adik aku kat umah
nak mintak MIL aku datang rasa menyusahkan jugak.
aku nak balik bersalin kat kampung, rasanya lagi selamat kalau aku kat sini
sekurang-kurangnya klinik & hospital dekat, x de la menyusahkan orang lain.
cik asben pun ada disisi, 2 yang paling penting hehehe

Kalau dah x de orang lain nak tengokkan arissa nampaknya aku la yang kene berkorban
cik asben x leh lah nak temankan aku dalam LR nanti  x per la janji semua selamat arissa pun selamat kalau abahnye sendiri yang jaga, aku pun x de la risau sangat.

cuma satu jelah caranya, aku kene prepare siap-siap jugak barang-barang keperluan arissa
masa kelam kabut nak-nak kalau tengah-tengah malam or pagi-pagi buta
boleh angkat jer arissa & barang keperluan dia sekali sumbat jer dalam kete.
kalau urgent sekalipun x de cik asben aku kelam kelibut pulak nanti.
walaupun umah dekat, takut prosesnya yang lambat mau sakit jugak kepala cik asben aku 2 nanti.

Tapi apa-apa pun aku harap sangat-sangat moga segalanya dipermudahkan oleh Allah...
In Sya Allah....Amin !!!!

mood berdebar + takut + excited huhuhuu


Sunday, January 13, 2013

Jumpa Doc for RME & Scan


Aku pun x tau apa itu RME hehehe mane aku tau bahasa klinik
yang aku tau sebab hari 2 hb aku turun mendadak sampai 10.7
tapi Alhamdulillah hari ni test hb dah naik 12.2 so, doc just cakap aku x de masalah apa-apa.

Tapi still x best berat naik lagi mungkin x de la tahap bahaya tapi pada aku still tahap
terkejut sebab naik lagi 2kg aduhhh!!!mintak2 x jadi kes pulak huhuhu
mungkin juga kaki tangan dah makin membengkak maklum je la dah nak masuk 36week
tunggu masa jer.

kalau ikutkan arissa 38week dah keluar tapi kalau ikutkan dari pengalaman
kakak2 aku anak yang 2nd,3rd & lain2 makin lewat keluar tapi makin mudah
apa-apa pun hope semua selamat & dipermudahkan.

wat masa ni still x de lagi tanda-tanda cuma aku perlu lebih hati-hati
& sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga kalau boleh x nak ada pengalaman macam kakak & kazen aku
bersalin kat rumah huhuhu.

Haa!!! ni pulak cite pasal aku g scan punya la excited aku g scan masa 2 kandungan dah 35week
dalam banyak2 klinik aku pilih klinik x de orang.klinik yang biasa aku g punya la ramai orang.
tapi moral of the story lain kali pilih je klinik yang ramai orang dah tentu2 servis puas hati.

Memang g klinik ni sedikit kecewa masa masuk nak scan macam2 pulak yang diminta macam la aku sentiasa checkup kt klinik dia. Masa scan lak macam kalut bin ribut jer, x de pulak macam doc kat klinik yang biasa aku scan dulu siap tunjuk satu2. cik asben aku pun rasa pelik sampai terkeluar dari mulut dia doc ni cam x pandai scan jer hehehe macam la dia pandai hihihi.

Siap cakap lagi dah 35week baby dah besar dah x nampak dah nak tengok gender dia,
ok fine mungkin dia betul tapi kenapa nurse cakap sekarang lagi nampak
kalau nak tengok gender baby. bila dah cakap camtu siap cakap kat aku x payah tengok la gender baby. aduhhh!!! aku pasrah je la...x kan nak hentak2 kaki cakap nak tengok jugak hehehe cuba bayangkan hahahaha
so,kira aku bayar tuk scan & bagi aku x de hasil apa-apa.

ok lah aku pasrah jer mungkin baby pun nak suprise kan  umi & abah, umi sabar je la tunggu masa je la... x lama dah baby nak keluar, cik asben lak yang x sabar nak tau gender baby siap ajak g klinik lain lagi. aku pulak yang rasa malas takut hasilnya sama rasa membazir jer. Sekarang hanya mampu bersabar tunggu baby keluar, lagipun umi x kesah anak umi ni boy or girl janji anak umi sihat & sempurna
In Syaa Allah.....Amin!!!!!

Thursday, January 3, 2013

Happy Besday Our Lil Princess


Bila masuk bulan Januari sah2 lah bertambah umo our lil dotter ni
jadi aku ni lebih excited tunggu 3 Januari berbanding 1 Januari hihihihi

dah macammana nak ade 3 klu x de 1 hehehe boleh jugak jadi isu yer....

Alhamdulillah 3 Januari 2013 cukuplah umo Arissa 3 tahun
x lama lagi nak dapat adik dah!!!
Tapi sejak umo dah masuk 3 tahun ni perangai our lil dotter ni cam pelik sikit
oppss!!!jangan salah faham hehehe perangai dia makin manja & mengada tahap melampau
kadang-kadang hilang sabar aku di buatnya.
rasa rindu pulak dengan perangai dia dulu-dulu.

Harapnya sementara jer, abah dia cakap mungkin dia rasa cam orang dah x pedulikan dia
mungkin dia makin rasa adik dia dah nak keluar.
kalau ikutkan logik jugak,erkk!!! ada ke gitu hehehe
tengokkan perangai dia sekarang cam nak tarik perhatian umi ngn abah dia
macam-macam cara dia buat. Tapi yang x best selalu jer cakap takut x tau takutkan apa
ke just alasan tuk minta di dukung....aduhh pening jugak yer.

Macammana dah kuar yang no 2 nanti....sempat ke aku nak handle huhuhu
tetiba naik risau. tah pe2 aku ni kan hehehe baru anak 2 kalau anak 10 camne??

ke sebab x sambut lagi besday dia ek??? berkait ker???

bukan x nak sambut...tapi tunggu cik asben aku betul-betul sembuh
almaklumlah dah kene ciken pop ni makan pun kene berpantang
kalau x rasanya makin teruk kot!!!
sabar yer sayang...nanti umi belikan kek yer hehehe

apa-apa pun moga sayang umi & abah ni sentiasa sihat,cerdik,lawa,
moga jadi anak yang solehah & kakak yang baik tuk adik nanti :)
Dan semoga sayang umi & abah ni berjaya di dunia & akhirat In Sya Allah... Aminnnnnnnnnn!!!!


Tuesday, January 1, 2013

2012 tinggal kenangan....welcome 2013


Alhamdulillah....masih diberi peluang untuk terus menghirup udara
n masih lagi diberi kekuatan untuk meneruskan tugas harian di Tahun 2013
Apa-apa pun 2012 memberi seribu pengertian
n kenangan buat aku dah tentu2 buat semua orang juga :)

kalau bab cuti rasanya 2012 x banyak tempat aku pergi just pergi bercuti
ke Cameron, ke Kuantan n Kuala Lumpur
ketiga2 tempat ni dah jadi tempat aku kan pergi lak setiap tahun walaupun x dirancang.
Tapi yang paling aku suka dapat jugak aku jejak kaki ke ikea hehehe jakun betul bunyinye
maklumla setau aku KL je yg hado, n last sampai jugak aku
kt i-city walaupun x de la teruja sangat bila dah sampai sana.

Paling bermakna 2012 aku sekali lagi diberi peluang oleh Allah untuk pregnant for 2nd baby diusia 27thn
Alhamdulillah Allah murahkan rezeki kami.

Untuk pengakhiran 2012 cik asben tetiba pulak "buat hutang"....x pe la janji dia dapat kereta
yang diidamkan.Sekurang2nya aku boleh tumpang sekaki hihihi.

Apa-apa pun 2013 menjanjikan permulaan n pengakhiran yang lebih baik In sya Allah.




Total Pageviews