For the fisrts time forever....
hahaha nyanyi lagu frozen sikit...sebenarnya nak cakap pertama kali
aku buat birthday party kat rumah aku kat Terengganu ni
rancang nak buat kat sini pun sebab masa tue adik-adik aku ada kat sini
termasuk la ma aku pun datang sini jugak
dipendekkan cerita,malas nak balik kampung lah dah semua ada sini
kita buat sini je lar.
yang paling x tahan semua aku nak d.i.y sampai ke hari majlis aku kalut huhuhu
nasib baik ler kecik jer...jemputan pun just kawan rapat yang ada kat terengganu
selebihnya aku suruh adik aku jemput kawan-kawan dia kat unisza.
mulanya en.asben macam semacam gitu
bila aku cakap nak buat besday party ni kat sini jer
sebabnya rumah kami rumah kedai...space kat depan kecik dan sangat x sesuai tuk buat diluar kedai
faktor betul-betul di tepi jalan dan keadaan sekarang panas dan habuk yang teruk.
kat dalam kedai memang x boleh ganggu.
ok...kita buat kat atas jer yer...walaupun ruang x luas rasanya lebih ok....
try & error kalau x sesuai kita x kan buat lain kali huhuhu
tapi frozen tetap ada.
Banner :: benda yang paling awal aku edit dan sent gambar untuk di print hantar awal suruh tengok betul ke x saiz...tapi hampeh kocik jer dan ingat dah besar...tapi ok ler...sesuai dengan majlis.
Props Frozen :: aku d.i.y tapi x banyak pun kebanyakan lirik lagu frozen
Dress :: Pakai mana ada....save bajet hihihi
Princess on the day Princess Arissa & Princess Afina
bukan Elsa & Anna yer heee
Photobooth :: hahaha konon hari itu siap buat photobooth bagai...tapi haremm x sempatnya
nak posing maut hahaha.bunga kipas itupun d.i.y tapi adik bongsu aku yang banyak tolong siapkan
x sempat hoi dengan anak kecik lagi...angin jer besar nak buat macam-macam hahaha
ni pulak adik-adik unisza yang datang awal-awal...terima kasih yer banyak menolong hehehe
nanti kak buat lagi,korang datang tolong lagi yer ngehngeh
Arissa & her cutie Friend Numa Safiyya tuannya secantik namanya giteww
Candy Buffet :: yang ni dalam dua nak buat ke x nak sebab fikir x ada kanak-kanak sangat
tapi macam x best pulak x ada...daripada mini choclate fontain tue x bekerja sekali sekala bagi kerja
tapi x ada la meriah dengan candy sangat.semua desert handmade by me huhuhu termasuk lah kek
dah nama tokey kek opss hehehe.kalau ikutkan 4 biji kek tapi kek cheese x sempat nak buat dok pulun buat cupcake...tapi still x puas hati huhuhu
cukup 1 family...kami dah berlima pun :)
pencahayaan x lawa...guna camera henpon jerk
baju pun x sempat nak tukar..tetamu datang aku dok tengah masak lagi hahaha
maaf yer sa...
Main menu :: Bihun sup dan Spaghetti Bolognese jer....
Abah layan princess Afina yang nak makan jer...
ajak bergambar payah huhuhu
antara tetamu yang hadir...gambar member 1 family x ada yang ok...
punya la hajat dihati nak bergambar sekali tapi x sempat
aku yang kalut dia pun kejar masa...
Member en.asben yang lain mungkin balik kampung kebetulan malam sebelum majlis
perginya TGNA Al-fatihah...
ok...gambar princess Arissa je dapat hehehe
terima kasih dari kami kerana sudi hadir majlis yang sangat2 x seberapa
Dan thanks for gift yang sangat melting hehehe
umi yang suka lelebih
Notatanganaku :: Alhamdulillah walaupun majlis simple sangat2 tapi puas hati bila tengok double NKA gembira...tambah2 bila meraikan sesuatu yang diorang faham apa maksudnya.
umi & abah cuba sebaik mungkin untuk gembirakan anak-anak umi & abah....semoga anak-anak umi & abah sentiasa diberkati serta berjaya didunia juga akhirat.