Monday, December 31, 2018
POST UNTUK TAHUN 2018
Assalamualaikum...
Allahu terkejut tengok post last kat blog Ogos 2016,
kalau rumah terbiar agak-agak memang dah roboh agaknya.
Tapi Ya Allah... cepatnya masa berlalu, boleh percaya ke ni yer hehehe x boleh terima kenyataan
2017
Mungkin x ada something special kot hahaha
kalau ada pun dah lupa lama sangat.
tambah rasa sibuk sangat, nak pulak dok kampung memang syok la dok ulang alik rumah ma jer.
Ok tahun lepas bulan 10 x silap aku start pregnat kan Muhammad Umar Rifqi
start segala morning sickness tapi pregnat anak laki kurang la sikit rasanya alahan.
Nanti aku cerita dekat entri lain yer kalau terajin hahahaha
lagipun x adil la kan x ada entri untuk anak yang ke empat ni.
x ada la coretan kenangan untuk boboy ummi.
2018
Tahun ni, dugaan berat sikit start bulan 4 Ma masuk ward selama 1 bulan
asal gula tinggi sangat dalam darah... bila dah ke hospital macam-macam pulak jadinya
dari ICU ke CCU sampai tahap lumpuh separuh badan.
Kita hanya mampu merancang, Allah lagi maha merancang!
Ma dah ok, walaupun 2 bulan lepas kuar ward mampu minum susu melalui tube jer.
Alhamdulillah!! kami adik beradik hampir putus berharap.
sekarang dah boleh berjalan dan beraktiviti seperti biasa.
22/7/2018 detik paling bermakna dalam hidup aku,
bukan sebelum ni x bermakna tapi setelah 3 girl
akhirnya aku dapat jugak seorang boy. Aku akui orang kata bila dapat baby boy ni macam dapat putera idaman giteww hahaha
Alhamdulillah!!
Macam nilah hidup kan, kadang Allah hadirkan hujan...pastu Allah gantikan matahari
semuanya saling memerlukan.Kalau asyik best jer hidup bosan jugakkan,
takut kufur nikmat.
Sebelum jauh lagi aku mengarut, kita jumpa di next entri pulak
nak citer pengalaman bersalinkan Putera idaman ummi nih .
Sunday, August 28, 2016
CHECKLIST DAN PERSEDIAAN UNTUK PERKAHWINAN
Tetiba up entri ni hahahaha...bukan untuk aku pon,saja nak memudahkan bakal pengantin nak buat checklist...dan ni pon keterlebihan excited seorang kakak untuk weeding adiknya jugak. In shaa Allah semoga dipermudahkan. x boleh nak update panjang-panjang dah beratur anak-anak kat belakang nak tengok cite la apa la...
Save the date :
· Nikah –
· Resepsi –
· Bertandang –
Theme :
· Nikah –
· Resepsi –
Legal Documents :
· Kursus Kawen –
· HIV test –
· Borang kebenaran
nikah -
· Dokumen-dokumen berkaitan –
Venue :
· Nikah –
· Resepsi –
· Bertandang –
Catering/Canopy :
· Nikah&Resepsi –
· Canopy -
Pelamin :
· Nikah&Resepsi -
· Bertandang –
Photographer / Videographer :
· Nikah&Resepsi–
· Bertandang –
· Outdoor –
Wedding Outfits :
· Nikah –
· Resepsi &
Bertandang –
· Dress –
· Tudung -
· Veil -
· Shoe -
· Accessories –
Make Up / Inai:
· Inai -
· Nikah&Resepsi -
· Bertandang -
Doorgift :
· Paper bag -
· Barang2 -
BungaPahar/BungaManggar :
·
Hantaran :
· Bilangan dulang Lelaki (untuk perempuan) -
· Bilangan dulang Perempuan(untuk lelaki) -
Batal air Sembahyang (Nikah) :
· For Him -
· For Her –
Invitation Card and Guest List:
· Kad –
· Guest for both sides –
· Bertandang -
Banting / Banner / Signboard:
· Banting –
· Banner –
· Signboard –
Cake :
· Hantaran –
· Majlis potong kek –
Jurunikah/PembacaDoa/Saksi :
· Jurunikah -
· Saksi -
· Pembaca doa -
Kompang/Entertainment :
· Kompang –
· CD of song/PA system –
Pembantu Pengantin:
· Nikah –
· Resepsi –
· Bertandang –
· Door gift/ Flower
Girls –
Bilik Pengantin :
· Katil –
· Decoration –
· Bunga Rampai –
Facial/Massage/Dental:
· Facial –
· Hair –
· Manicure –
· Spa –
· Dental -
Honeymoon :
· Date -
· Location -
· Tickets -
· Accomodations -
Saturday, January 23, 2016
Rindu...
Assalamualiakum...
Allahu...Rindunya kat blog,rindu nak post entri,rindu nak berblogwalking,
rindu kawan-kawan blog...rindu everything about my blog.
rindu nak tukar header pun ader hahaha
Rasanya terlalu lama menyepi...dari last pindah balik Kelantan
Alhamdulillah...hidup kat sini pun makin rasa best...bolehlah nak bernafas
yang paling best dok Kelantan....mestilah best dok dekat dengan family
walaupun rasa down,rasa lemah penguat tetap ada.
Sampai sini cuba untuk mulakan bisnes seperti biasa...mula-mula
agak down jugak. Macam-macam kena fikir untuk cari sedikit lebihan rezeki
macam-macam idea yang hadir.
Kedai pertama kami sewa,sewanya agak murah...
Tapi kawasan agak tidak strategik untuk kami mulakan bisnes kami...
sampai satu tahap kami rasa down and give up...
aku memang rasa x nak teruskan bisnes macam biasa
Tapi hb cuba cari kedai lain...orang lelaki kan,fikiran diorang kedepan sikit hehehe
x cepat nak melatah.Alhamdulillah...kami jumpa kedai yang jauh lagi baik,lagi besar
dari kedai sebelum ni.Tuan kedai ni pulak jenis orang meniaga jugak kot...
dia bagi kami 3 bulan pertama separuh je sewa yang perlu dibayar.
Alhamdulillah segalanya berjalan walaupun perlahan tapi semakin ok
semakin boleh bernafas, yang penting usaha dan sabar jer.
Panjang pulak kata-kata nak lepas rindu kat blog nih hehehe
lepas nak cite pasal Aqeela lak..nak blogwalking puas jugeks ngeeee
Sunday, April 12, 2015
Finally :: Kelantan please will be nice to us
Benarlah kata pepatah...
kita hanya mampu merancang...perancangan Allah jauh lebih hebat
yup!! aku akuinya...dah banyak kali dan dah banyak kedai kami tolak
bukan x nak atau jual mahal...tapi hal yang melibatkan perniagaan
dan melibatkan pindah terus dari Terengganu ke Kelantan
bukan satu benda yang senang, melibatkan kewangan dan yang paling besar pengorbanan.
kami memulakan perniagaan di Terengganu.
walaupun Terengganu bukanlah tempat tumpah darah kami hehehe
tapi rezeki kami disini.... disini juga saksi jatuh bangun kami...
walaupun kami balik sana,x melibatkan modal yang besar...tapi habis la jugak huhuhu
Ada yang tanya kami x sayang ke tinggal macam tue jer
sape x sayang...lama kot kami tinggal di sini...
campur dengan belajar dah 9 tahun aku duduk dibumi Terengganu nih hehehe
segala pahit,manis kami dah rasa...Anak pun dua orang dah jadi anak Terengganu.
tapi melepaskan sesuatu yang baik untuk yang lebih baik xsalah....in shaa Allah lebih baik.
Tapi bagi aku ini peluang untuk kami balik dan mencuba rezeki di tempat kami
bila ditempat sendiri aku rasa lebih semangat dan nak buat apa pun boleh
nak pulak bila dekat dengan family.
Rancangan untuk aku balik kelantan dah terlalu lama dan dah terlalu banyak rancangan
sampai satu masa aku dah x mengharap apa-apa lagi
tapi rezeki memihak pada kami...kami jumpa kedai yang agak baik,murah dah dekat dengan rumah family
satu bonus untuk kami.
perancangan terlalu singkat....sampai kadang-kadang macam x percaya
family pulak bukan main happy.
In shaa Allah diperluaskan lagi rezeki kami di Kelantan nanti.
sumber :: google
Ramai yang belum tau tentang ni...bukan x nak bagitau...tapi dah banyak kali x jadi.kami amik keputusan untuk diam dan betul-betul dah jadi baru kami bagitau.
Dan untuk kawan-kawan kat sini mintak maaf banyak-banyak.ada masa,panjang umur kita jumpa lagi.Terima kasih untuk segalanya.terutama untuk sa dan family...
Kami x sempat nak pergi umah sa...
NotaTanganAku :: Rasanya terlalu banyak yang aku nak cerita...mungkin dah settle semua kat kampung nanti baru aku sambung cerita hahaha...ok fine!! x ada orang kesah pun hahaha...dan mungkin sekarang aku dah kat kampung pun. :'(
Monday, April 6, 2015
Nur Khairus Aqeela 3 bulan
Anak dah tido tenang sikit nak mengupdate entri hehehe
kalau x , semua komputerArissa dan Afina yang punya.
yang Aqeela sah-sah nak diangkat....sejak besar gitu pulak jadinya yer
Besar x besar baru jer 107 hari...macam dah besar sangat tapi baru lepas 100 hari yer nak
Alhamdulillah 89 hari Aqeela dah boleh meniarap
perkembangan dia aku rasa cepat la jugak.
untuk chekup Aqeela 3 bulan berat 6.1kg
orang kata besar...aku x perasan besarnya Aqeela hehehe
perkembangan lain pulak yang penting pantang ditegur manisnya tue ada hehehe
walaupun muka garang dalam hati ada taman gitu
eh...eh..jauh merepek macam dah mengantuk jer huhuhu
mood tengah ngeng....banyak benda perlu dikemas sampai x tau mana nak sentuh huhuhu
ok lah nak tepek gambar Aqeela yang umur 3 bulan
cakkk!!! yer aunty2 & uncle2 Aqeela dah boleh meniarap tau hehehe
Labels:
Anak :: Nur Khairus Aqeela
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)