Pejam celik hari ini dah masuk 11 hari aku bersalin & melalui proses berpantang
seriusly aku cakap pengalaman bersalin setiap anak memang berbeza walaupun jantinanya sama
Yang pasti macam aku dok cite la kali aku overdue sepatutnya due 13/2/13 tapi lepas dari tarikh
itupun aku still x de rasa sebarang tanda nak bersalin, so nurse dah bagi tarikh untuk aku jumpa doc & amik
date untuk admit ward.
14/2/13 :: aku deside nak balik kampung sebab still x de sebarang tanda & adik aku pun dah habis cuti
so,malas nak fikirkan masalah lain aku pun bersiap petang 2 jugak aku balik kampung.
15/2/13 :: dok umah ma aku & siap berjalan-jalan g sopim lagi dengan kakak-kakak aku hehehe
16/2/13 :: hantar adik aku ke asrama & terus balik ke rumah mil, bukan main aku dilayan oleh mil
ye la konon x larat kan hihihi tapi hari-hari keje berjalan je la...bak kata mil biar cepat buka jalan
19/2/13 :: tetiba rasa sedih sebab cik asben dah nak balik ganu...terpaksa balik sebab dah agak lama tutup kedai huhuhu.malamnya aku mintak cik asben aku hantarkan aku umah kakak aku faktor dekat dengan hospital.Tambah esoknya aku dah kena admit ward....lagila sayu hati ni. Dalam kul 9lbh otw ke rumah kakak aku tetiba jer rasa kontraksi yang kerap bila tengok jam kontraksi berlaku dalam 5minit sekali, bila bagitau kakak aku katanya 2 dah sakit nak bersalin.baby nak jugak abah dia ada sekali masa dia kuar hehehe Alhamdulillah cik asben x sempat balik ke ganu.
Dalam pukul 11 malam kami bertolak ke hospital sampai sana mula check jantung baby & doc datang untuk check bukaan masa tu x silap bukaan baru 3cm. x lama kemudian datang sorang lagi doc mintak check bukaan lagi sekali dah 5cm.agaknya arissa dulu aku x de rasa sakit sangat sebab semua yang check bukaan doc pompuan kali ni doc laki kasar sikit kot.
Bila bukaan dah 5cm aku disuruh ke labour room doc nak pecahkan air ketuban lupa pulak nak tengok jam berapa.cik asben aku dipanggil & Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya tercapai jugak hasrat aku nak cik asben temankan dalam labour room.
Dalam kul 2.00am bukaan dah 6cm....sakit makin kerap aku diberi gas entonox rasanya
dh betul ejanya
tapi sedut punya sedut bila dah sakit x de kurangnya cam buang masa jer dok sedut hehehe. Dengan cik asben picit lengan lagi boleh hilang sakitnya. 2.15am kontraksi makin kuat nasib baik ade doc pelatih yang baik hati tolong panggilkan bidan,bila check bukaan dah 8cm. Tapi still masih belum boleh bersalin 2.25am aku dah memang x leh nak tahan sekali lagi doc tadi panggilkan bidan. Bila bidan cakap dah boleh bersalin terus aku push dengan sekuat hati.
Alhamdulillah....2.28am lahirlah seorang lagi puteri permata hati kami,yang ku kandung 10bulan 6 hari :) terus cik asben iqamatkan. syukur padamu Ya Allah kerana kau permudahkan segalanya.