Habis jer pantang macam-macam dalam otak ni nak masak,
macammana x gemuk huhuhu, tapi x per janji en.asben happy :)
buat kek ni pun sebab permintaan en.asben bila dah habis pantang
dah dalam pantang susah payah dia jaga, ni turn aku balas budi hihihi
rupa x de lah cantik tapi rasa seeeeedapppppppp :)
bukan puji diri sendiri tapi puji tuan punye resepi
aku amik resepi dari buku resepi kt laman fb
kalau korang malas nak cari sini aku bagi resepi
try la....mudah,senang,sedap.
Bahan karamel:
2 sudu besar gula dijadikan karamel
Bahan Puding:
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur
sedikit esen
* Semua bahan di atas dipukul lembut.
Bahan kek:
Bahan A:
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
* Semua bahan di atas dimasak sebentar di atas api.
Bahan B:
11/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
* Semua bahan di atas diayak.
Bahan C:
3 biji telur - diblend.
Cara-cara:
1. Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Ketepikan.
2. Masukkan bahan puding di dalam karamel. Kukus 20 minit dengan api sederhana.
3. Masukkan kesemua bahan kek ke dalam puding. Kukus 1jam atau sehingga masak