Wednesday, April 16, 2014

Emosi x bertempat



"Emo" x bertempat??

yup!! aku akui itu aku...sejak kebelakangan ni memang asyik emo jer
benda kecik pun boleh buat aku sedih...

Pembawakkan budak kot...erkk!!!

kadang-kadang aku tengok orang dok berbalas komen kat fb
aku boleh "emo", bila diorang seolah-olah buat aku x ada dalam situasi dan saat itu.

aku boleh "emo" bila kawan yang aku nak jumpa
tapi sepatah x cakap bila balik tapi siap cakap lalu depan rumah tapi x sempat singgah
padahal aku tau dia lebih sibuk dan kalut dari aku.


aku pun boleh "emo" bila orang cakap bab gemuk huhuhu
aku boleh "emo" tengok orang happy jer...tapi kenapa aku "emo" hahaha
bahaya betul aku ni.


dan aku "emo" kalau orang cakap pasal x merancang betul-betul
nak lebihkan kualiti dari kuantiti...Entahlah...banyak betul buat aku "emo"
kebelakangan ini lah...dan yes! aku rasa mugkin sebab pembawakan budak.
suka sangat melayan perasaan yang entah apa-apa.



sumber :: google






notatanganaku :: aku rasa untuk sementara jer ni...ini bukan aku :))

Tuesday, April 8, 2014

Arissa wif her "bff"



Hari ini cerita pasal anak lagi hahaha
dah namanya "ibu" memang nak cerita pasal anak je kan
bajet hot gitu hahaha kan dah terikut-ikut
x adalah... ambe sedar anak ambe x hot kihkihkih
tapi cukup meng"hot"kan ummi tiap-tiap hari.


sekarang bukan main suka la Arissa kalau balik kampung
dulu jarang sangat boleh jumpa dengan sepupu dia sorang ni
sekarang asal balik jer ada.

dulu Adib ni dok Melaka...ipar aku dah boleh tukar kelantan
dan dekat pulak tempat kerja dengan rumah mil
so,diorang menetaplah kat rumah mil
suka sangat la mil sekarang,ye la rumah bukan main banyak bilik
tapi tinggal berdua,aku boleh bayangkan rasa sunyi tue.


Aku memang suka sangat panjangkan cerita hahaha
Arissa dari kecik lagi memang aku tengok serasi sangat dengan sepupu dia ni
kalau dengan orang lain semua benda x bagi...dan mula la nak bercekau
dengan Adib ni x...semua boleh kongsi.
kalau nak balik terengganu jer, mengamuk x nak balik.
stress ummi!! tinggalkan x mau pulak.


Belum cerita bab jalan-jalan, nak berkepit jer diorang nih x kira masa
dengan orang lain dia boleh buat x tau.
tapi memang seronok tengok diorang ni...Adib muda 3 bulan dari Arissa tahun sama
tapi Adib ni nampak matang,bila marah jadi otomen hihihi
family asben cakap diorang ni macam kembar...

tapi x tau lah sampai bila diorang akan rapat macam ini.
aku dulu ada juga rapat dengan sepupu laki
tapi bila masing-masing dah kahwin, dah jadi x rapat sangat dah
tapi ukhwah tetap x kan putus kan.




macam-macam gaya bila orang nak amik gambar



haaa tengok x payah nak suruh wat candid
aduhhh!!! sepakat betul korang yer.















Monday, April 7, 2014

Jejalan @ Masjid Kristal


Assalamualaikum....hellopss!!

macam happy sangat pulak kan
dah nama entry nak cerita pasal jalan-jalan kan! happy lah sikit heee
tapi ni cuti skolah punya cerita...ehh macam aku ada anak yang sekolah kahkahkah.


Bukan apa last cuti sekolah hari tue, tetiba kakak aku satu family dia datang Terengganu ni
first time diorang sampai rumah aku ni.
katanya abang ipar aku teringin nak kenal Masjid Kristal. Al-kisahnya...
alah sambil nak bawak anak berjalan kan.


Lepas solat jumaat jer kitaorang bertolak ke sini
hahaha macam jauh benor bunyinya...
dari rumah aku ni aku kira dalam setengah jam jer ke sini


Dah lama giler kot aku x datang sini...dah boring agaknya hehehe 
ramai jugak orang datang sini masa kitaorang pergi tue
cuti sekolah kan...untuk korang yang x tau Taman Tamadun Islam ni macam terbahagi dua zon gitu
ada Taman Monumen dan satu lagi Masjid Kristal
sini pun memang tumpuan utama orang yang datang melawat Terengganu nih.


selama aku datang sini x masuk lagi dalam Taman Monumen hohoho
kat dalam tue ada 21 buah replika masjid dari serata dunia ok
nak masuk dalam tue kena bayar aku pun x pasti harga sekarang.


aku teringin nak masuk jugak...tapi aku rasa tunggu la anak besar sikit
bila diorang faham tentang replika  ni baru best sikit kehkehkeh
kang masuk dalam tue mengamuk nak keluar naya aje
lain lah kalau zoo hehehe.tapi x cuba x tau kan!


kalau korang datang sini,korang yang x nak masuk Taman Munumen tue boleh la pergi Masjid Kristal
tetap menarik jugak...x silap aku dibuat dari besi dan kaca sahaja
nama pun Kristal ok...aku memang suka benda dari kaca.



tengok ni....cantik kan!tapi x clear sangat..amik gambar dengan henpon jer


ni pulak pandangan dari arah kiosk 
tersergam nan indah gitu...





ni pulak pandangan dari arah kitaorang parking
alah kira korang boleh amik gambar dari semua arah gitu hehehe



ni pulak kiosk untuk korang beli bermacam cenderamata 
belakang kiosk ni korang boleh lah nak berehat makan minum apa semua


gambar pun banyak dari pandangan menghala ke masjid kristal la...


masjid ni dalam air ok hehehe
see!!!



last...nak jugak gambar kami...
dah lama rasa x ada gambar berdua ni. erkk!!! hahaha








Notatanganaku :: nanti aku nak buat satu entri pasal Taman Monumen pulak tap aku x tau ler bila nak prgi tue hehehe...Boleh gitu??

Total Pageviews