Monday, January 19, 2015

Majlis Cukur Jambul Nur Khairus Aqeela & Ahmad Aqeef Haziq




Majlis ini baru jer buat Jumaat 16/1/15


Majlis cukur jambul anak aku dan anak buah aku merangkap anak bff aku
haaa ko dah kenapa tue nak mention kan hahahaha
Majlis ini di rancang last minit sebab aku belum buat majlis cukur jambul anak aku


dah bila lahirnya anak buah aku 6.1.2015
aku decide nak balik kampung sekali dengan abang aku
alang-alang boleh jugak merasa aku berpantang dengan bff aku kan
so,aku cadangkan kat asben nak buat majlis sekali jer dengan abang aku
nasib baik cadangan diluluskan hehehe



Majlis nie simple jer...kami kat kampung nie jarang sangat
yang buat majlis berendoi dengan buai dan pelamin bagai.
majlis kami just ajak orang lelaki dalam 20 ke 30 orang untuk tahnik dan selawat
lepas selesai semua tue barulah dihidangkan makanan untuk tetamu yang datang.



cuma aku dan sil aku nak buat kelainan jer sikit
itupun nasib baik ada lagi tirai yang abang aku kahwin dulu dan adik bongsu aku
sudi dan bersungguh-sungguh bagi kerjasama.


kalau harap kami berdua memang x la kan nak panjat tinggi-tinggi nak pasang tirai hahahaha
thanks yer a.anim atas pertolongan dan kesudian
melayan karenah kakak-kakak anda ini hihihi



putera dan puteri kami di tahnikkan







Raja sehari la sangat kan!! hihihi baju pun siap ada mahkota gitu hahaha








sil wif anak sulung dia...sayang sangat kat adiknya nih!



adik pompuan tinggal dua orang ni jer.... sorang keje x dapat cuti
sorang lagi terpaksa balik "u" huhuhu


bila dah ramai anak nie gambar candid la yang banyaknya hehehe
Afina pulak hari tue bad mood...mak sedara kesayangan kena balik "u" hihihi







haa...beribu thanks to my adik hehehe
sudi melayan kakak yang banyak karenah
dan sudi jadi baby sitter x berbayar hehehe






Notatanganaku :: Alhamdulillah...segalanya dah selesai,just tunggu habis pantang jer nak pergi klinik
untuk sunatkan baby pulak.




Sunday, January 18, 2015

Cerita Kelahiran ketiga



Assalamualaikum...


16.12.14 :: hari ini dah 4 hari aku overdue...ke klinik checkup macam biasa
 tetiba check jantung baby nurse bagitau jantung baby macam lemah
jantung aku yang laju bila dengar macam tue.


terus doc refer aku ke hospital...sebab dah overdue
doc risau baby terbelit tali pusat,benda macamtue nak scan x nampak kata doc ler.
mata aku dah mula berair dah...x sanggup nak tinggal anak tetiba macam nie
Tapi Alhamdulillah doc bagi asben aku yang hantar,sempat la balik jap tengok anak


rasa cuak jer hati serah diri kat hospital awal-awal huhuhu
sampai sana,terus check jantung baby...doc kata ok jer...
tunggu scan kalau x ada apa-apa aku boleh balik.
tapi rupa-rupanya bukaan dah 2cm so, doc suruh aku admit ward



17.12.14 :: hari ini check bukaan dah 4cm sekali lagi rasa cuak
cuak sebab lansung x ada rasa sakit..macam-macam dalam otak aku ni...
yang pasti aku takut nak beranak nanti pun x sakit
aku bukan risau x sakit....yang aku risau kalau x ada kontraksi macammana nak push huhuhu
kalau ikutkan doc dah suruh aku di refer ke labour room...tapi labour room asyik penuh
so,seharian jadi tertunggu dan ternanti-nanti masa untuk di tolak ke labour room tapi nan hado


18.12.14  :: lagi sekali check bukaan still 4cm tapi doc kata nak tolong bagi bukaan cepat
aku pun x tau doc buat macammana, tapi hanya Allah jer yang tau sakit sangat-sangat
mungkin sebab doc india walaupun pompuan tapi kasar sikit.


mengigil aku satu badan...tetiba rasa serik huhuhu
sekali lagi ternanti-nanti untuk di tolak ke labour room,walaupun x ada sebarang kontraksi..
malam tue dalam pukul 12.00am aku tidur...rindu sangat-sangat kat anak-anak Allah sahajalah yang tahu.


19.12.14 :: 12.30am tetiba aku terjaga kain yang aku pakai basah
tetiba jadi blur...boleh pulak aku tanya orang air apa hahaha
aku terus g check...punya ler lama tunggu doc sampai, bila doc check...yup! aku leaking...


tapi doc cakap dia dah boleh  rasa rambut baby tapi bukaan still 4cm
masa tue memang dah  x boleh tahan,kontraksi menjadi-jadi...
aku boleh rasa baby dah menolak nak keluar


doc pakar check cakap pun memang dah rasa rambut baby...risau wehhh sebab still 4cm
2.45am aku ditolak ke labour room...sekali lagi doc check,bukaan still 4cm
tapi doc tolong bukakan lagi...kali nie katanya dah 5cm...lega!!!


2.50am aku dah rasa macam baby dah nak keluar
nasib baik doc cakap dah boleh meneran...
12.56am pada hari penghulu segala hari, dengan 5 kali aku push
Alhamdulillah berakhirlah suatu penantian...keluarlah puteri ketiga kami dengan berat 3.7kg...
terkejut aku huhuhu nasib baik ler senang awak keluar yer sayang.


Alhamdulillah...hari ini dah pun masuk 31 hari aku berpantang
bermakna dah 31 hari umur puteri ketiga kami.

Nur Khairus Aqeela 1st Day


honest review dari aku pasal hsnz
aku suka sangat bersalin kat hsnz...dengan nurse hsnz yang baik-baik...
aurat lebih terjaga maksud aku x adalah terdedah terus macam sesetengah hospital
walaupun just hospital gomen...still boleh request nak doc pompuan.aku x tau la
kot sekarang semua hospital macamtue ngehehehe :D






Notatanganaku :: xsabar nak habiskan pantang...teringin nak berjalan2 hahaha boleh macamtue.

Monday, January 5, 2015

3 JANUARI....Happy Birthday Arissa





3 Januari 2010 - 3 Januari 2015 6.30am
Genaplah umur Puteri sulung kami 5 tahun
Alhamdulillah....hadiah yang x ternilai buat umi dan abah.


tapi tahun nie x ada lagi sambutan untuk sayang umi nie...
maklum je la...umi masih lagi berpantang
tunggu semua selesai yer sayang...
boleh celebrate dengan besday kakak Afina sekali
hihihi save bajet umi hahaha


Ya Allah...
Kau anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku,
 panjangkan usianya, sihatkanlah tubuh badannya,
 akhlaknya, agamanya,
 sejahterakanlah jiwa dan raganya,
 alirkan rezekinya melalui tanganku,
 anugerahkanlah kepadanya kecerdasan akal dan kesucian hati.
Ya Allah..
Kau bantulah aku mendidiknya 
dan jadikanlah anakku agar dia selalu menyayangi dan mencintai aku dan keluargaku.
Jadikanlah anakku orang yang baik dan bertakwa,
yang mempunyai pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, 
yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad S.A.W.
Berikanlah semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, 
berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat.
 Amin......

SELAMAT HARI LAHIR 
Nur Khairus Arissa


Friday, January 2, 2015

2 Januari 2015




Alhamdulilllah....aku masih diberi peluang untuk menyedut udara di tahun 2015
2014 terlalu banyak kesah pahit,manis....
2014 Kita di bumi Malaysia diuji dengan pelbagai dugaan...
sehingga ke penutup tahun 2014.



Aku sendiri pun diuji dengan perkara yang x terduga oleh diri sendiri
tapi Alhamdulillah penutup tahun 2014 oleh kurniakan rezeki kepada kami
seorang lagi cahayamata perempuan
in shaa Allah akan jadi anak yang solehah.



2014 akan menjadi satu ingatan yang x mungkin dapat
dilupakan oleh semua semua orang.



Azam??



aku nak perbaiki diri untuk menjadi hambaNya yang lebih baik
In shaa Allah!!!




Total Pageviews