Monday, October 21, 2013

Afina :: 8 bulan



Ramai pulak yang cite pasal raya kan
aku pulak x de mood nak cite pasal raya
raya yang menyedihkan tahun ni huhuhu


ok lupakan...hari ni cam biasa bawak Afina
ke klinik. 8 bulan baru 7kg...naik sikit jer beratnye
graf mendatar jer... x pe la, janji anak umi sihat kan :)


Perkembangan Afina untuk 8 bulan
dah boleh duduk tanpa sokongan
yang ni aku rasa selepas sebulan boleh merangkak
dalam 7 bulan lebih...x sure pulak tengok dah boleh duduk
ngadap anak 24jam pun boleh x perasan hihihi
cuma sebelum boleh selalu sangat jatuh ke belakang.


Bila nak apa-apa dengan umi mulut dia akan bunyi ma..ma
panggil ke pe cam 2 hahaha
Tapi bila panggil abahnya boleh pulak dia sebut abababa
x kan dah pandai panggil kot...


suka ikut apa yang kita buat
like ketuk...tepuk...dan paling x tahan suka sangat kacau kakak tido
balas dendam agaknye kakak suka kacau baby kan.


gigi still belum tumbuh...lambat pulak gigi nak tumbuh
umi suka la juga...seriau kalau ingat kene gigit masa bf huhuhu
tapi tang suka berdiri wat umi takut jugak
selalu jer jatuh dan terhantuk kepala kat lantai
adui...x tau nak buat camne...
kadang-kadang x sempat nak menyambutnya huhuhu



      Afina @ 8 bulan


kalau ke sini x sah x letak atas bende alah ni
aduhai anak...dah pandai kamu yer nasib la free hihihi
main la sampai tutup kedai pun


test drive yer Afina  :)



dah mula wat perangai siap berdiri lagi 
walaupun bende ni tengah bergerak
Afina rilek jer berdiri...aduhhh!!!


dah mula layan perasaan...agaknye dah terliur tengok kakak 
dok main slide depan dia nasib baik x leh jalan lagi yer hihihi
kakak pulak bila masuk sini ligat terus x sempat umi nak snap-snap dah...




cepat jer anak membesar kan!!...no 3 ??? umi belum bersedia lagi
tunggu Afina besar dulu yer...awak pun x larat dah umi nak melayan hihihi

Monday, October 14, 2013

"Chocolate Moist Cake" In The House


Macam aku cakap kat entri sebelum ni
aku ada buat projek kecik-kecik
So, sekarang aku ada amik tempahan & jual kek coklat moist ni
~In sya Allah x ada aral melintang kek lain pulak menyusul

Alhamdulillah...dalam 2 minggu pertama
jualan untuk kek ni sangat-sangat di luar jangkaan
aku amik tue sebagai semangat untuk aku terus berjaya... gituuu :)



yang ni saiz paling kecik
kiranya mini Chocolate Moist Cake



Kalau yang mini ni sesuai la kalau nak buat doorgift
untuk sebarang majlis apa sekalipun 
aku juga amik tempahan untuk mini Chocolate Moist Cake ni
kalau untuk majlis aku sediakan Ribbon (boleh request warna tema majlis)
Rasanya memang super duper moist gitu
aku letak kat kedai 50 bekas dalam sehari dah habis
Alhamdulillah...rezeki Allah bagi
~bolehla nak tampung2 apa yang patut kan :)
aku jual yang kecik ni RM1.00 jer satu




lagi satu saiz besar sikit dari yang mini tue




ni rupanya view bahagian atas kek ni








Yang ni aku jual RM4.00
tapi still boleh kurang lagi ikut terma & syarat gitu :)






psst :: Esok dah nak raya aku masih di Terengganu... petang nanti baru nak bertolak balik
          x balik x boleh la kan. niaga2 pun family tetap no 1... Selamat Hari Raya Aidiladha yer korang
          selamat menunaikan ibadah Qorban





Monday, October 7, 2013

Kesibukan yang melampau...




Aduhai...lamanya blog ni x berentri baru ~ayat apakah itu hihihi
rutin aku macam biasa bangun pagi 
urus anak, urus kedai, urus rumah, urus makan, urus pakai
jenguk blog2 yang ada entri baru...x pun jenguk blog susunatur
jangan x tau walaupun dok pegang Afina 
aku masih boleh berblog walking hihihi ~ tapi kene tengok mood Afina ler
nak update entri memang x boleh, mood untuk menaip ada kat Afina 



Tapi serius aku cakap rasa macam x cukup jer masa 24jam 
terasa cepat sangat masa berlalu
baru je masuk bulan september tuptup dah masuk bulan Oktober
x nak masuk bulan December boleh x
ni kes sebab kene bayar roadtax...arghhh sangat x best
pakai kete nak pulak kan hahaha



ok berbalik pada aku x cukup masa kikiki ada orang nak tau ker??
Buka kedai macam biasa kul 9.00am ~sesape nak datang kedai
tolong datang kul 9.00 yer
buat itu, buat ini dah tengahhari
tengahhari sampai la kul 2.00am atau 3.00am baru aku stop bekerja ok
~ macam orang lain x buat keje kan
penat memang penat...tapi dah terbiasa



Kalau dulu boleh la kalau rasa boring dok kedai, naik lepak atas
tapi sekarang aku tengah urus new project lar sangat hihihi
projek tambah duit ler ~aku kan orang niaga x macam orang makan gaji
kadang banyak kadang sikit so, kena la fikir untuk tambah pendapatan gituuu


Bukan projek besar sangat pun
projek yang aku suka buat sebab memang mula2 aku pandai masak
bende ni la yang aku buat hahaha
projek baking membaking jer...buat masa sekarang aku buat dulu
Chocolate Super Moist Cake
masih dalam projek kecik-kecik

Hantar kedai-kedai dan kalau kebetulan en.asben ade kerja kat sekolah
dia bawak sekali pergi sekolah
Alhamdulillah cikgu-cikgu memang baik hati
x sia-sia kalau bawak ke sekolah laju jer licin hihihi




Nota kaki :: Kalau korang area Terengganu n Kelantan boleh r nak tempah penghantaran percuma jer
berbagai jenis saiz aku buat...atas kehendak ler.untuk sebarang majlis pun boleh...nanti aku upload pic yer
kbai!!!!




Total Pageviews