Monday, January 20, 2014

Afina :: 10 bulan hingga 11 bulan




Assalamualaikum...

20hb Januari 2014 genap umur Afina 11bulan 
baru 11 bulan belum setahun lagi kan!! tapi terasa  cepat sangat  masa berlalu 
rasanya baru jer aku lahirkan Afina
tetiba bulan depan dah nak cukup setahun. 
Ohh My baby...cepatnya awak membesar...jangan mintak adik dulu yer hehehe


Perkembangan 10 bulan ke 11 bulan hampir sama jer
tapi dari 10 bulan ke 11 bulan betul-betul menguji kesabaran umi
awak tau x Afina...umur awak masa ni awak sangat susah untuk dikawal
segala benda awak nak terokai
umi dan abah betul kena pastikan awak main apa-apa depan mata
silap haribulan habis segala benda awak masuk mulut


tapi umi suka bila tengok awak suka dengan buku
besar nanti jadi ulat buku pun umi x kesah janji jangan antisosial sudah hehehe
awak pun dah boleh panggil abah tapi umi sedih 
sebab dua-dua anak umi boleh panggil abah dulu bukan umi huhuhu
dah boleh cakap nak atau x nak



gigi awak di usia 10 bulan baru la nampak tumbuh
tapi terus 2 batang kat atas dan 2 batang kat bawah
nasib baik awak x menggigit kan fuhhhh lega lagi umi.






Dari sembilan bulan awak dah boleh berdiri
sampai orang semua cakap awak kira ringan cepat boleh berjalan
tapi sampai sekarang awak still berdiri x nak berjalan lagi yer
takut umi x nak dukung awak ea...
x per umi x kesah pun lama-lama awak boleh berjalan jugak nanti kan!



Awak sekarang dah pandai menconteng kan
umi tau sebab awak selalu tengok kakak menulis.
tetap bagus, sekurang-kurangnya awak cepat belajar.







Yang ini umi x berkenan sangat...awak suka sangat memanjat
habis benda dan tempat awak nak panjat yer
umi nak menaip pun susah bila awak asyik naik atas meja yer. 

bila dilarang awak mengamuk x hengat dunia lap peluh kat dahi dengan awak ni.
basikal kakak pun awak dah pandai naik.
boleh la buat teman kakak main basikal.

walau apa-apa pun yang awak dan kakak buat 
kamu berdua la penawar umi dan abah
walaupun berat dugaan datang umi dan abah mampu tersenyum dengan gelagat kamu

Semoga Afina dan kakak Arissa membesar jadi anak yang solehah
berjaya didunia dan akhirat.
Aminnnnnnn

Saturday, January 11, 2014

Tukar Nama & Header



Assalamualaikum....

Tengah-tengah malam aku menaip entri ni... al-maklumla dah terbiasa tidur lambat pon hehehe
bukan apa dah alang-alang header baru aku siap.

Ala...aku nak cerita la aku tukar nama dan header sekali lagi... terpengaruh dengan entri Aty
hahaha tapi x ada la sampai dan-dan tue aku tukar terus... erkkk korang kesah ke???


x kesah pun aku nak cerita gak ekekeke


dah lama berhajat nak tukar nama blog yang lebih pendek dan simple
lupa pulak yang apa nama entah aku guna dulu...tetiba terjumpa blog sama pulak nama
blog...kat situ aku deside nak tukar nama.


so, aku tukar la kepada "The story of our life" aku wat nama tue sebab memang antara sebabnya aku
nak cerita pasal perjalanan hidup kami pun kat dalam ni.



Tapi still rasa x kena jer...macam panjang jer...macam x comel jer hahaha
bajet yang ni comel ke!!!! x de la... just untuk nampak lebih simple jer
sedap mata memandang dan mulut aku jugak senang nak menyebutnya gitu.

"Mom's Capital A"

ala...ok la tue malas dah aku nak fikir hahaha
jangan aku tukar pulak sudah ler...hohoho x nak la...dah la orang x kenal blog aku ni.


Dulu rasa macam  silap jugak wat nama blog "blogumieyarissa" haaa amik ko
nak letak nama anak 1st Arissa...last-last  anak ke 2 aku letak nama Afina.
masa tue kan tengah excited anak baru sorang hehehe

Nak tukar kepada "umieykhairus" macam satu hal pulak aku nak tukar alamat blog aku.
nak-nak asben aku cakap kalau anak laki x nak letak nama "khairus" kat depan
mau terasa anak-anak aku yang lain hahahaha umi x terniat pun wahai anak sekalian

Maksudnya???

Okey!!okey!! maksudnya ibu kepada Anak-anak la A :: Arissa, A :: Afina
in sya Allah anak-anak seterusnya juga ada A hehehe in Sya Allah
moga sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah...Aminnn!!



panjang pulak jadinya...nak cite pasal header jer pon hahaha








nak jugak aku tempek kat sini kan...padahal korang boleh jer tengok kata atas sana
ala buka berdosa pun kan...so aku letak la jugak.
hope ni kali terakhir aku tukar nama blog ni huhuhu.






Monday, January 6, 2014

Happy 4th Birthday Arissa




Assalamualaikum :)


3 Januari 2014 hari tue genaplah umur Our 1st Dotter a.k.a Nur Khairus Arissa
4 tahun Alhamdulillah Ya Allah kurniaan mu sangat berharga buat kami


Tapi Birthday Arissa awal-awal lagi aku celebrate
Celebrate sekali dengan anak buah yang tua just 8 hari dari Arissa
iaitu 26hb kiranya pada tarikh tersebut seolah-olah berkongsi tahun gitu hihihi
bila masuk 2014 sorang 4 tahun, sorang 5 tahun


Majilis ni pun macam kongsi la dengan kak aku
cuma dia buat makanan berat aku pulak bahagian manis-manis dan makanan ringan giteww

Aku celebrate birthday Arissa 26hb lagi...
niat asal nak berseronok sambil berborak la nak masa ni family yang jauh pun balik
tapi...tiba jer hari kejadian semua dah kena balik masing-masing jadi kalut bin ribut
so, majlis pun macam x berapa nak meriah sangat huhuhu


Nasib baik just majlis kecik jer kami buat buat pun, memang niat untuk adik beradik
dan anak-anak buah jer pun, x pe la janji yang di celebrate happy.
duit pun x banyak habis boleh berjimat disitu hehehe





Nama jer tokey kek...tapi kek tetap aku tempah
kek cheese blueberry
rupanya 2 orang kanak-kanak riang yang di celebrate x berapa makan sangat kek ni adusss




Nur Khairus Arissa :: Cahaya Sebaik-baik kekuatan
Hadir disaat umi cuba untuk mencari kekuatan dalam mengaharungi liku-liku kehidupan


Senyumanmu kekuatan untuk umi i love so much sayang




ni pulak my niece Nurul Yusra Ezreen
budak yang bijak dan comel
Tapi merajuk kene paksa pakai headband dengan mak sedara dia ni hihihi




Bukak jer kotak kek diorang berdua ni jadi penunggu setia
x sabar nak potong kek lewteww



Yeaayy umi suka that gift...ehhhh???
hahahaha umi pulak.



Like Bff kan...tapi jangan tertipu oleh lakonan mereka hahaha
diorang ni sentiasa nak barang yang sama so diorang akan sentiasa berebut
kalau dok atas kereta confirm akan berebut seat aduhhh nasib baik korang berdua bukan kembar
mau pengsan umi.




ni pulak sedikit candy yang x berapa jadi buffetnya akibat ketiadaan dan kekurangan meja
tibai je la janji habis hihihi
Red velvet 2 paling laris...sekejap jer dah x de


Menu that day just Nasi Ayam...Bihun dan sedikit makanan ringan




ok potret umi dan princess yang dirai hihihi
gemoknyeeee!!!!



with my sisters forever young gitu
ni jer yang ada yang lain dikejauhan erkk!





Family potret without kakak Arissa
thanks Abang sebab tolong jagakan Afina sepanjang kesibukkan sayang hari tue yer 
hihihi "hugs for u" :) *gatai!!!



Selamat Hari Lahir Sayang Semoga sayang umi da abah ni akan jadi anak yang
solehah...berjaya di dunai dan diakhirat serta mentor terbaik untuk adik-adik nanti in sya Allah




 Seutas doa dari umi dan abah dihari lahirmu
"Ya Allah...
jadikanlah anak kami sebagai
pandangan mata kami yang selalu  membahagiakan kami saat
kesedihan hadir dan yang mengingatkan kami saat
di uji kenikmatan serta jadikanlah
Nur Khairus Arissa antara orang yang
engkau pilih untuk menabur kebaikan

Aminnnnn......






NotatanganAku :: Afina punya birthday bulan dua...Anniversary bulan tiga nampaknya kena fikir bende lain
                           kalau x makin gemok la umi asyik makan kek jer hehehe


Thursday, January 2, 2014

Entri pertama 2014


Alhamdulillah...dah masuk 2hb Januari 2014 hari ini
kalau diikutkan dah cukup 2 tahun aku berblogger
tapi blog aku cam hambar je kan hehehe *sedar diri yer


Nawaitu aku create blog ni pun sebab aku rasa ingin
menulis tentang retetan hidup aku
konon sebagai memori dan mana tau boleh jadi kenang-kenangan
untuk anak,cucu nanti.


Tidak pernah terdetik pun dihati ini untuk menunjuk-nunjuk atau apa-apa
sebab aku sedar x  ada apa pun yang boleh aku tunjukkan.
dan aku memang pemalu hihihi konon je lebih
aku malu nak tunjuk blog dan entri merapu aku kat orang lain
blog aku ni kecik lagi dari ikan bilis


Tapi disini aku luahkan segala kenangan yang aku rasa berharga untuk aku
dan seboleh-boleh aku elakkan dari merapu perkara yang x sepatutnya.
aku suka blogwalking semua entri baru yang kuar diside bar aku terjah...
boleh kata setiap hari...x cukup di sidebar aku masuk pulak
blog orang lain intai entri baru kat sidebar orang pulak
*hahaha sedikit teruk disitu*


tapi kebanyakkan aku sebagai silent readers sajo...*aku kan pemalu huhuhu
tapi ada juga aku tinggal jejak

Untuk share di Mr.Fb pun aku x ada kekuatan ok
aku pun x tau kenapa, mungkin sebab nawaitu asal aku kot.
kekawan dan adik beradik pun x tau aku ni blogger kehkehkeh blogger la sangat


Apa-apa pun aku happy ber"blog" sepertimana aku happy
bila dapat minum "cool blog" hahaha.









NotaTanganAku :: Impian aku aku nak cuba bersusunatur n kongsi di blog...buat masa ni belum dikurniakan kekuatan untuk berkongsi cara aku bersusunatur...terlalu banyak kelemahan dan kekurangan yang x sesuai untuk menjadi tontonan umu giteww :)

p/s :: kalau aku nak bagi korang header free korang nak x????tapi x de la header gah2 sangat setakat yang aku mampu jerrr.


Total Pageviews