Friday, March 28, 2014

cerita Afina di usia setahun



Assalamualaikum...

sebenarnya x nak sebut lama aku x update blog
hehehe tapi sebut jugakkan.
entahlah rasanya aku sibuk kot... kihkihkih
kadang-kadang rasa x best bila menaip dan bercerita dalam x ada mood
bab kata adik aku macam x ada perasaan gitu...


entri ni pun nak cerita pasal Afina di usia setahun 
macam-macam ragam yang memeningkan kepala
kalau apa yang dia kata nak, itulah yang dia nak
x ada yang lain...waaaaa apa salah umi yer sayang??

ke ragam budak nak dapat adik...erkk!!!
belum ada jawapan...tunggu dan lihat jer huhuhu


cukup jer setahun aku nekad nak tindikkan dia
ye la kakak dulu 6 bulan lagi
kadang-kadang x faham jugak aku dengan orang ni
macam zalim sangat bende ni dibuat arghhh!!!


sekadar untuk cantik???


bagi aku x adalah sampai macam tue sekali niatnya
tapi entahlah...dah jadi adat dan tradisi family aku tindik diusia awal.
biar jelah apa orang nak kata.
sekurang-kurangnya aku tau benda ni x adalah ke arah kemudaratan pun..




ummi tau sayang ummi dah sediakan hehehe



ok close up...nampak x saya dah tindik pun
kali ini murah sikit dari tindik kat kakak Arissa dulu

menangis x???

opkos la nangis ko...namanya tindik
sakit la jugak walau dah diletakkan ubat.
tapi kejap jer pun...ummi pun pernah merasa semua ni hehehe


ok sayang tunjuk ur earring??
ting!!! nampak gigi 2 batang hihihi


Tuesday, March 18, 2014

Our 5th Anniversary


15/3/2009-15/3/2014 genap 5 tahun usia perkahwinan kami
sekejap sangat masa berlalu...Alhamdulillah...
macam-macam  rasa ada sepanjang 5 tahun ni.
dah namanya rumahtangga kan...lagikan lidah lagi tergigit hihihi


tapi biasa la tu gaduh-gaduh manja laki binik kan
kalau x gaduh x meriah gitu...hihihi boleh gitu??
boleh la labu...janji bahagia.


Alhamdulillah 5 tahun kahwin kami dikurniakan dua orang cahaya mata
in sya Allah cahaya mata penawar hati,penyejuk jiwa.









Notatanganaku :: Doakan rumahtangga dan kebahagiaan kami kekal hingga ke syurga yer :))



Sunday, March 9, 2014

Thursday, March 6, 2014

Latih bercakap dari umur setahun



Anak umur setahun kebiasaannya baru nak bertatih atau mungkin baru mula berjalan.

Mereka sibuk nak explore dan mengutip barang-barang yang dijumpai. Lebih membimbangkan ialah mereka kutip, masuk dalam mulut.

Ada ibu bapa yang tak sabar nak dengar anak mereka bercakap. Tak sabar nak dengar anak panggil ‘mama’, ‘ummi’, ‘ibu’, ‘mak’ dan sebagainya.

Ada kanak-kanak yang amat cepat mengeluarkan perkataan pertama. Umur 1:06 sudah boleh menyebut mama, abah. Tapi ada juga yang agak lewat, umur 1;08 baru nak sebut mama.
Pada usia setahun, kanak-kanak mula membuat bunyi bebelan seperti ‘bababa’ atau ‘dadada’. Dia bermain-main dengan anggota mulut dan lidahnya sendiri dan dengar suaranya sendiri.

Ini adalah perkembangan fitrah kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang tiada masalah pendengaran, bebelan ini akan berkembang menjadi perkataan. Tapi bagi kanak-kanak yang ada masalah pendengaran, bebelan akan berhenti begitu saja (bergantung pada keterukkan masalah pendengaran yang dialami).

Pada peringakat umur setahun juga, kanak-kanak memahami konsep interaksi 2 hala. Sebab itulah permainan ‘aum cak’ dan ‘agah-agah’ amat digemari oleh kanak-kanak pada usia begini. Ini kerana interaksi melibatkan konsep tunggu, lihat dan dengar, kemudian muncullah hasilnya.

Kanak-kanak yang mengalami autism kebanyakkannya tidak memahami interaksi sebegini. Mereka lebih gemar bersendirian. Di negara kita, saringan autism dibuat di klinik kesihatan dengan menggunakan MChart semasa ibu bawa anak untuk dapatkan suntikan pada usia 1;06. Melalui saringan MChart, kanak-kanak yang mengalami autism dapat dikenalpasti dengan lebih awal dan membolehkan intervansi awal dilakukan. (Rozila bt Sumardi, SLP Hosp Sg Buloh)

Ramai ibu bapa yang bertanya, apa yang perlu dibuat untuk melatih anak bercakap seawal usia setahun?

1) katakan TIDAK kepada tv, hp, permainan tablet touch screen. PANTANG bagi kanak-kanak usia setahun.
- nak bagi juga, itu hak masing-masing. Saya cuma mampu beritahu apa yg saya tahu saja.

2) Nyanyi sambil bergaya. Kalau nyanyi lagu kucing, buat gaya kucing (misai di pipi), kalau lagu lembu, buat gaya lembu (tanduk di kepala).

3) Ajar tunjuk. Anak usia setahun amat mahir menunjuk apa saja yang menarik minatnya. Latih dia tunjuk anggota badannya atau tunjuk orang-orang yang sering ada disekelilinganya.

4) Latih anak ikut arahan. Contohnya minta anak ‘bagi bantal kat ayah’, atau ‘tutup pintu’, atau, ‘ambil kasut’ atau ‘simpan dalam bakul’.

5) Sentiasa beri pilihan. Nak bola atau belon? nak cawan biru atau hijau? nak baju bunga atau baju riben? nak tuala putih atau belang-belang? nak pakai bedak atau nak sikat?
- sambil tunjuk, sambil tanya. jangan cakap atas angin. ingat, dia baru umur setahun.

6) Biasakan bercakap sambil tunjuk isyarat mudah. Contohnya bila kita sebut ‘sedap’, kita buat isyarat ibu jari. Bila kata ‘habis’, kita buat kibas tangan. Bila kata ‘letak’, kita tunjuk jari ke bawah. Bila kata ‘busuk’, kita buat kibas tangan di hidung.

7) Bercakap semasa anda ‘proses’ anak anda, termasuk ketika mandi, pakai baju, basuh tangan, makanan tumpah, kutip mainan bersepah, sikat rambut, letak bedak dan sebagainya.
Ramai ibu bapa yang ‘nak cepat’, ‘banyak benda lain nak buat’, ‘letih balik kerja’ dan macam-macam hingga terlepas pandang bab yang amat penting ini.

8) Gunakan intonasi yang pelbagai, menggunakan ayat pendek dan sebutan yang jelas.

9) Hargai sebarang usaha yang ditunjukkan oleh anak untuk berinteraksi. Lihat memek mukanya dan cuba fahami kehendaknya.



Total Pageviews