Alhamdulillah walau apa dugaan yang datang, Allah dah tetapkan dia jodohku segalanya tetap berjalan lancar
kami deside tuk mengakhiri ikatan pertunangan ini dengan ikatan yang halal setelah 3 bulan bertunang, walaupun perancangan asal 6 bulan.
*Bukan x sabar, tapi kami penat dengan orang2 yang busuk hati dengan ikatan kami huhuhu
Kami bernasib baik walaupun keputusan dibuat terburu-buru family kami tetap bersetuju dan memberi seribu sokongan pada kami. Segala persiapan dibuat dengan pantas *nasib baik ada jugak mak andam yang sudi amik tempahan aku hehehe, terima kasih banyak2 buat kakak2 yang banyak menghulurkan pertolongan selama sebelum n semasa majlis berlansung.
Alhamdulillah!!! 15 March 2009 kami selamat di IjabQabul sebagai pasangan suami isteri, dengan majlis yang sederhana. Aku kini yakin jodoh x perlu dicari "semuanya dah tertulis" bila jodoh kita sampai sekelip mata jer kita dah jadi suami isteri.walaupun kami tidak begitu mengenali hati budi masing2. Tapi aku yakin dia jodoh yang Allah tetapkan untukku....
Terima kasih Ya Allah atas segala yang Kau berikan untuk hambamu ini
Semoga perkahwinan yang terbina akan kekal & bahagia till Jannah
semoga kami akan dikurniakan zuriat yang soleh & solehah
Aminnnnnn!!!