Saturday, January 28, 2012

Our Wedding

Sedar x sedar dah 3 bulan berlalu kami melalui proses pertunangan, dalam tempoh 2 lagi hebat dugaan yang datang. Aku seolah2 berada diawang-awangan hari2 yang dilalui hanya bertemankan air mata, tapi aku sedar semuanya dah ketentuan Allah aku cuba kuatkan semangat dan cekalkan hati, aku tau Allah bersama orang2 teraniayai. Alhamdulillah cik tunang sangat2 memahami & banyak memberi aku semangat serta dorongan, dia hanya pekakkan telinga,butakan mata apabila ada yang cuba tuk menganggu & merosakkan ikatan kami.Ya Allah....masih terasa berat dugaan itu.

Alhamdulillah walau apa dugaan yang datang, Allah dah tetapkan dia jodohku segalanya tetap berjalan lancar
kami deside tuk mengakhiri ikatan pertunangan ini dengan ikatan yang halal setelah 3 bulan bertunang, walaupun perancangan asal 6 bulan. 
*Bukan x sabar, tapi kami penat dengan orang2 yang busuk hati dengan ikatan kami huhuhu

Kami bernasib baik walaupun keputusan dibuat terburu-buru family kami tetap bersetuju dan memberi seribu sokongan pada kami. Segala persiapan dibuat dengan pantas *nasib baik ada jugak mak andam yang sudi amik tempahan aku hehehe, terima kasih banyak2 buat kakak2 yang banyak menghulurkan pertolongan selama sebelum n semasa majlis berlansung.

Alhamdulillah!!! 15 March 2009 kami selamat di IjabQabul sebagai pasangan suami isteri, dengan majlis yang sederhana. Aku kini yakin jodoh x perlu dicari "semuanya dah tertulis" bila jodoh kita sampai sekelip mata jer kita dah jadi suami isteri.walaupun kami tidak begitu mengenali hati budi masing2. Tapi aku yakin dia jodoh yang Allah tetapkan untukku....

Terima kasih Ya Allah atas segala yang Kau berikan untuk hambamu ini






Semoga perkahwinan yang terbina akan kekal & bahagia till Jannah
semoga kami akan dikurniakan zuriat yang soleh & solehah
Aminnnnnn!!!





No comments :

Post a Comment

jangan baca je...komen la sikit :)

Total Pageviews