Thursday, October 25, 2012

Salam AidilAdha

Cepatnya masa berlalu....esok umat islam akan menyambut AidilAdha lak. Mesti ramai yang x balik kampung, tapi aku still semangat nak balik kampung lagipun kat kampung aku still disambut meriah raya ni.
semangat2 pun aku masih belum bertolak balik kampung...hehehe hari ni aku masih niaga,malam ni InsyaAllah aku sampai la kampung.

*bukan jauh pun terengganu-kelantan kan paling lama pun 2 jam stgh jer hehehe

Alhamdulillah!!! tahun ni Allah murahkan rezeki kami sekeluarga,InsyaAllah x de aral esok aku nak akikah arissa. Tahun depan boleh settle yang baby pulak InsyaAllah.

ok la malas nak membebel panjang2 hehehe aku nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha makan daging beringat2 jugak yer hehehe


Sunday, October 21, 2012

Set Bersalin



Hari ni tetiba pulak terfikir pasal set bersalin pening jugak ye...
dulu anak 1st dok makan jamu kampung & air herba, 2 pun kena tunggu baby habis kuning dulu.
Lagipun masa pantang kt baby 1st dulu x pantang betul2.
kali ni kalau boleh nak pantang betul2 belajar dari pengalaman kan.

Tetiba mood sayangkan diri hehehe
dulu ingat pakai bengkung masa nak tido jer...rupa2nya sepanjang hari.
Bunyi cam merimaskan,tapi tetap kena cuba.*i know i can do it hihihi tetibe.

Haa!!!pasal set bersalin pulak, dalam seminggu dok godek2 "mr google" ni
aku tengok set bersalin SHAKLEE,NONA ROGUY,SENDAYU TINGGI. aku rasa 3 ni ok
hari 2 rasa cam best,shaklee ni timbul la dalam hati nak try nona roguy.adusss dilema betul.

Apa-apa pun cam cik asben aku cakap tengok bajet lepas beli barang baby, lagipun lambat lagi nak bersalin InsyAllah sampai due hehehe. Tapi hati tetiba berat nak beli set bersalin nona roguy....wahai hati susahnya nak istiqomah hehehe.

Nampaknye sekarang ni jer pilihan aku setakat ni, Tapi aku ni bukan boleh kire esok orang cakap set bersalin lain lagi baik berubah lak hati ni. x pe yang penting ada target *target la sangat kuikuikui






kalau tengaok lebih lanjut pasal NR korunk boleh tengok kat sini

ok 2 jer aku nak hapdate kali ni
tunggu yer pe yang akan jadi pilihan aku nanti hehehe







*yang bestnye sbb produk ni boleh membantu melawaskan & paling penting produk ni boleh kuruskan badan....menarikkan so, kene try :)





Tuesday, October 16, 2012

Doorgift

Minggu lepas tetiba nak menyibuk tanye sis in law aku pasal persiapan kahwin dia, mood k.ipar yang baik
*baik ker cm2 hahaha x de la persiapan yang lain-lain diorang dah siapkan awal2,2 aku x tanya sangat lagipun masing2 dah ada pandangan & idea sendiri, family just tolong pe yang patut jer.

aku memang respek la dengan adik ipar aku & tunang dia dalam dok jauh2 pun persiapan kira perfect tunggu masa jer...cuma doorgift untuk tetamu je belum settle.

tapi adik ipar aku dah beli balang ala2 doorgift skrg kot. so,aku try google la balang camne yang dia bagitau 2..haa balang cam ni yang kuar di otak aku.


 cun jugak...katanya dapat RM0.75 sebiji 
tapi yang kosong tanpa segala hiasan ok

ok..not bad harga murah sangat...
Dengan segala kemudahan yang ada kat kedai kecik aku ni 
aku tawarkan tuk watkan sticker tuk 75 biji

*aku suka sangat la bab wat bende2 ni

dah jadi cam hobi aku lak, walaupun aku nak x kreatif cam korunk2 kat luar sana 
hehehe tapi mr google banyak membantu aku dalam cari idea tuk wat bende2 gini
segala bunga & ribbon katanya kakaknya nak sponsor *murah rezeki orang nak kahwin ni :)
nanti aku share balang yang siap kami hias yer tungguuuu
bukan pe raya nanti baru kami jumpa & buat bende ni al-maklumla sorang di KL,sorang di Melaka 
aku lak di Terengganu.

so, aku amik masa 2,3 ari jugak la wat bende ni "ber" email bagai la ngan adik ipar aku 2, aku x kesah kena edit banyak kali. Janji tuan punya kerja puas hati :)

ok buat punya buat, edit punya edit...ok ni hasil yang tuan punya kerja nak katanya cantik, harap2 betul2 dia puas hati la, jangan sebab nak jaga hati aku jer hahaha *sedar diri x kreatif :p





aku buat banyak juga tuk pilihan dia, 2 ni jadi pilihan dia, cik asben aku pun berkenan yang ni. kira ok la kan
kalau ikutkan hati aku nak buat lagi, tapi buat banyak2 pun membazir je kan hehehe

Tunggu turn adik2 aku lak,lagi 4 orang adik pompuan lagi belum kahwin
haa jenuh nanti aku nak buat hahaha

*perasan lak aku ni kan

Tah2 diorang kahwin nanti bende2 ni dah x diguna pakai lagi  
yela trend sekarang macam2 dulu x terfikir nak buat sendiri, segala bende nak tempah 

mood::orang kaya kot

hehehe x de la...persiapan aku semua last minit terpaksa buat apa yang boleh jer. 
apa pun harap segalanya berjalan lancar.
Ni pun belum print lagi...tuan punya kerja baru luluskan hari ni hehehe.

p/s :: mood x sabar nak balik kg n nk g sopim barang2 kat RJ aku suka tengok berjenis2 doorgift kat sana.
        ni baru 1 jer...nanti aku share jar yang dah siap n doorgift lain ok :)


Friday, October 12, 2012

Header Blog Aku Bertukar



Ehhh biar betul!!!!!

hehehe x de la aku saja2 je nak ubah angin sikit, bukan cantik pun tapi x per just untuk puaskan hati & pandangan mata sendirik jerrr. Tapi header dulu still aku simpan sayang ko!!! penat2 aku create
*penat ker hahaha,korang percaya je lah yer.

Yang lain x mampu aku nak ubah lagi walaupun bagi korang x cantik tapi bagi aku aku sayang lagi background pink aku 2 huhuhu pink dihatiku. wat masa ni biarlah header jer yang bertukar hahaha
*aku tau korang x de kesah pun kan :p

haaa!!! disebabkan aku sayang header dulu so aku abadikan header dalam tablet murah aku ni hehehe


abaikan tangan yang sedikit "gem" disitu :)
*kecik je aku tengok...nama pun bende kecik kan 



cam cute jer tgk blog dalam bende alah ni
*errrkk syok sendiri hohoho



 haaa ni aku suke ngn tablet aku ni 
still boleh hapdate n3 kat blog kesayangan aku ni
harap2 dalam pantang nanti x de sebarang masalah tuk aku "berblog"
hehehe sempat ke agak2.


tapi x de lah "se"best bila aku update n3 ngn pc
walaupun laju lebih kurang tapi still x best korunk boleh agak kan kenapa
tapi x per dah ada pun dah syukur sangat2
thanks ye cik hubby sebab faham kehendak sayang

*walaupun awal2 dia cam x nak belikan hihihi, tapi boleh pulak dia beli senyap2
cayang abg!!! dapat baru nak sayang yer hahaha

wat masa ni aku masih rasa best update n3 guna pc jer,
tuk tengok2 blog2 2 aku guna jugak bende ni

*bukan niat nak menunjuk yer...ala bende murah jer 
korunk punye pun mesti lagi canggih manggih 
pe yang penting dalam pantang nanti aku still boleh update n3
sempat x sempat belakang kira hehehe




Wednesday, October 10, 2012

PANDUAN PEMAKANAN IBU MENGANDUNG

Semakin hari risau lak dengan berat badan, takut naik mendadak cam pregnant kt arissa dulu,setakat ni dh 3 kg x tau 22hb nanti camne.mintak2 normal la,susah jugak berat mudah naik ni,tapi apa2 pun harap baby sihat & selamat.

haa ni ada panduan pemakanan tuk ibu mengandung aku copy & save dalam draf senang tuk aku baca, rasanya lagi senang nak baca kalau aku publish,boleh jugak berkongsi kan tapi....aku lupa aku copy dari page sape, pada yang berkaitan aku mohon maaf yer x leh nak mention.serius aku lupa sebab dah lama sangat aku peram dalam draf huhuhu

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:


Berat bayi : 2.5 - 3 kg

Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg

Penambahan darah : 1.5 – 2 kg

Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg

Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg

Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg

Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg

Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung

Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.

Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)

Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.

Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.


Piramid Makanan

Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)

Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.

Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan

Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:

HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi

Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi

Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.

Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung

Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi.

Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan

Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 - 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

Sunday, October 7, 2012

Arissa Headband Collections

Dalam aku dok kemas wardrobe arissa 
ternampak bende ni dok menimbun dalam accessory box arissa

cam banyak lak bunyinya perasan ko kan hahaha

masa tau aku pregnant baby girl dlu, bende ni la yang bermain dalam otak aku
tapi masa awal2 dulu aku memang susah nak cari headband camni
agaknya masa 2 orang x terfikir nak buat headband camni,kat kedai banyak tapi kurang berkenan dihati
mungkin dah terbiasa tengok baby pakai
dalam dok layan fb aku jumpa owner headband ni...asalnya dia wat tuk her dotter jer
 tapi banyak pulak permintaan termasuk aku la 2 :)
start la dia berniaga headband2 ni
dulu rasanya x de pun yang jual headband camni tapi lepas dia wat ramai pulak yang start wat jugak
yang sedihnye cust dia sendiri,habis segala design n cust sekali dia amik cam x sesuai kan "orang melayu berbisnes cm 2 hehehe" aku lak yang emo.
tapi 2 la rezeki masing2, walaupun dah banyak yang jual headband camni sekarang 
tapi aku still suke n setia ngn tuan kedai ni :)

haa..ni aku nak bagi korang cuci mata cam lawa jer bunyinye hehehe
tapi semua ni bukan tuk dijual yer kalau korang nak beli korang leh klik sini :)



 setakat ni pink paling banyak aku rasa asal nampak kaler pink 
mesti teruja gile hihihi


yang kuning lady bird 2 belum pakai pun lagi


pink bunga besar 2 free gift,klu beli jer mesti dapat free gift 
thanks yer amy hehehe


biru n ungu cam kurang jer
kena tambah lagi ni :)



kebanyakkannya aku beli ikut kaler baju la,


ni pulak hairclip...banyak jugak aku bagi kat anak2 buah aku
headband pun ade yang hilang x perasan bila masa jatuh 
bila dah jatuh rasa sadis sangat hehehe
ada rasanya dalam 40 pieces yang arissa punya sikit jer 2...
dalam proses nak menambah yer hehehe rasa cam sikit pulak bila tgk tersusun camni.

yang ni lak kira custom made sebab nak pakai 
tuk majlis kahwin sis in law aku nanti

cantikkan!!! oppss syok sendiri lagi... yg custom made mmg super cantik
sbb guna material lain skit
n yang penting ikut permintaan kita bestkannn....hehehe




ni pulak contoh bila my dotter budak comot  pakai headband
malas nak cari gambar2 lain nanti la aku masukkan kt arissa edition plk hehehe
n yang penting dotter tuan kedai ni pun nama arissa same like my dotter
agaknya masa 2 tengah hot ngn nama arissa kot hihihi.




* asalnya my dotter ni susah jugak nak pakai,tapi bila dah terbiasa jadi ok jer...abah dia pun kalau nak kuar mesti tanya mana headband hehehe....uminya pulak makin bersemangat nak sopim headband arissa byk2 :)









Total Pageviews