Sunday, April 12, 2015

Finally :: Kelantan please will be nice to us





Benarlah kata pepatah...
kita hanya mampu merancang...perancangan Allah jauh lebih hebat



yup!! aku akuinya...dah banyak kali dan dah banyak kedai kami tolak
bukan x nak atau jual mahal...tapi hal yang melibatkan perniagaan
dan melibatkan pindah terus dari Terengganu ke Kelantan
bukan satu benda yang senang, melibatkan kewangan dan yang paling besar pengorbanan.



kami memulakan perniagaan di Terengganu.
walaupun Terengganu bukanlah tempat tumpah darah kami hehehe
tapi rezeki kami disini.... disini juga saksi jatuh bangun kami...
walaupun kami balik sana,x melibatkan modal yang besar...tapi habis la jugak huhuhu


Ada yang tanya kami x sayang ke tinggal macam tue jer
sape x sayang...lama kot kami tinggal di sini...
campur dengan belajar dah 9 tahun aku duduk dibumi Terengganu nih hehehe
segala pahit,manis kami dah rasa...Anak pun dua orang dah jadi anak Terengganu.
tapi melepaskan sesuatu yang baik untuk yang lebih baik xsalah....in shaa Allah lebih baik.


Tapi bagi aku ini peluang untuk kami balik dan mencuba rezeki di tempat kami
bila ditempat sendiri aku rasa lebih semangat dan nak buat apa pun boleh
nak pulak bila dekat dengan family.



Rancangan untuk aku balik kelantan dah terlalu lama dan dah terlalu banyak rancangan
sampai satu masa aku dah x mengharap apa-apa lagi
tapi rezeki memihak pada kami...kami jumpa kedai yang agak baik,murah dah dekat dengan rumah family
satu bonus untuk kami.



perancangan terlalu singkat....sampai kadang-kadang  macam x percaya
family pulak bukan main happy.
In shaa Allah diperluaskan lagi rezeki kami di Kelantan nanti.






sumber :: google



Ramai yang belum tau tentang ni...bukan x nak bagitau...tapi dah banyak kali x jadi.kami amik keputusan untuk diam dan betul-betul dah jadi baru kami bagitau.


Dan untuk kawan-kawan kat sini mintak maaf banyak-banyak.ada masa,panjang umur kita jumpa lagi.Terima kasih untuk segalanya.terutama untuk sa dan family...
Kami x sempat nak pergi umah sa...






NotaTanganAku :: Rasanya terlalu banyak yang aku nak cerita...mungkin dah settle semua kat kampung nanti baru aku sambung cerita hahaha...ok fine!! x ada orang kesah pun hahaha...dan mungkin sekarang aku dah kat kampung pun. :'(

Monday, April 6, 2015

Nur Khairus Aqeela 3 bulan




Anak dah tido tenang sikit nak mengupdate entri hehehe
kalau x , semua  komputerArissa dan Afina yang punya.
yang Aqeela sah-sah nak diangkat....sejak besar gitu pulak jadinya yer



Besar x besar baru jer 107 hari...macam dah besar sangat tapi baru lepas 100 hari yer nak
Alhamdulillah 89 hari Aqeela dah boleh meniarap
perkembangan dia aku rasa cepat la jugak.



untuk chekup Aqeela 3 bulan berat 6.1kg
orang kata besar...aku x perasan besarnya Aqeela hehehe
perkembangan lain pulak yang penting pantang ditegur manisnya tue ada hehehe
walaupun muka garang dalam hati ada taman gitu


eh...eh..jauh merepek macam dah mengantuk jer huhuhu
mood tengah ngeng....banyak benda perlu dikemas sampai x tau mana nak sentuh huhuhu
ok lah nak tepek gambar Aqeela yang umur 3 bulan





cakkk!!! yer aunty2 & uncle2 Aqeela dah boleh meniarap tau hehehe



Thursday, March 26, 2015

Good News :)





Alhamdulillah....Alhamdulillah...


sebenarnya terasa diri ni bz sesangat hahaha
sampai x tau nak sentuh yang mana.


Tapi...aku nak gak citer...
aku tumpang bahagia untuk bff aku...Lin...aku sangat-sangat happy untuk ko tau!
bila ko tunjuk result...aku rasa aku orang paling bahagia selepas asben ko hahaha


5 tahun menunggu....yer...5 tahun x lama
tapi dengan segala dugaan yang ko terima aku rasa dah cukup lama
dan sangat berbaloi dengan segala pengorbanan ko dan asben


Dan aku tahu satu jer....sepakar-pakar doktor
sekuat mana kita merancang Allah yang menentukan segalanya
ko pregnant tanpa perlu IVF


Lin....kalau ko ada depan mata aku sekarang nak jer aku peluk ko
dan cakap aku sangat bahagia dan happy untuk ko.
sekarang ko kenakan kurangkan sikit kerja tue...jangan bz je memanjang.
jaga betul-betul bakal anak buah aku tue.






NotaTanganAku  ::  aku ni pun kena cuba untuk menerima keadaan baru nanti...x tau macammana harap segalanya dipermudahkan.. Aminnnn


Monday, March 16, 2015

New Step...New Chapter





Mulakan tindakan 
walau ada ketakutan 
kerana tindakan
akan menghapuskan ketakutan 
sedikit demi sedikit 
apatah lagi disertai ilmu, doa & tawakal

Dr.Azizan Osman




yup! aku betul-betul rasa takut, takut untuk buat perubahan
apatah lagi perubahan yang besar dan melibatkan perubahan
dalam hidup kami sekeluarga.


tapi....peluang tidak datang berkali-kali
yang penting usaha, doa dan tawakal
in shaa Allah perubahan ini akan membawa seribu 
makna dan rezeki yang melimpah ruah untuk family kami In syaa Allah



Fast Action!! Fast Result!!




NotaTanganAku :: Doakan agar semua berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya



Sunday, March 15, 2015

Our 6th Anniversary







Alhamdulillah....15 March 09 -15 March 15
genaplah 6 tahun kami bersama membina mahligai cinta kami
disamping 3 orang puteri cinta hati kami
Alhamdulillah Ya Allah atas setiap kurniaan dan rezeki Mu 




untuk en.asben terima kasih atas segalanya
abang adalah segala-galanya untuk kami
semoga sentiasa menjadi suami dan abah yang terbaik untuk sayang dan anak-anak
tiga orang puteri hadiah untuk abang...
in Sha Allah ada rezeki sayang bagi boboy pulak yer hehehe


Thursday, February 26, 2015

Simple Birthday Party For Double NKA



For the fisrts time forever....
hahaha nyanyi lagu frozen sikit...sebenarnya nak cakap pertama kali
aku buat birthday party kat rumah aku kat Terengganu ni


rancang nak buat kat sini pun sebab masa tue adik-adik aku ada kat sini
termasuk la ma aku pun datang sini jugak
dipendekkan cerita,malas nak balik kampung lah dah semua ada sini
kita buat sini je lar.


yang paling x tahan semua aku nak d.i.y sampai ke hari majlis aku kalut huhuhu
nasib baik ler kecik jer...jemputan pun just kawan rapat yang ada kat terengganu
selebihnya aku suruh adik aku jemput kawan-kawan dia kat unisza.


mulanya en.asben macam semacam gitu
bila aku cakap nak buat besday party ni kat sini jer
sebabnya rumah kami rumah kedai...space kat depan kecik dan sangat x sesuai tuk buat diluar kedai
faktor betul-betul di tepi jalan dan keadaan sekarang panas dan habuk yang teruk.
kat dalam kedai memang x boleh ganggu.


ok...kita buat kat atas jer yer...walaupun ruang x luas rasanya lebih ok....
try & error kalau x sesuai kita x kan buat lain kali huhuhu



 Tema :: asalnya nak buat tema frozen...tp preparation last minute kira buat apa yang patut jer
tapi frozen tetap ada.

Banner :: benda yang paling awal aku edit dan sent gambar untuk di print hantar awal suruh tengok betul ke x saiz...tapi hampeh kocik jer dan ingat dah besar...tapi ok ler...sesuai dengan majlis.

Props Frozen :: aku d.i.y tapi x banyak pun kebanyakan lirik lagu frozen

Dress :: Pakai mana ada....save bajet hihihi



 Princess on the day Princess Arissa & Princess Afina
bukan Elsa & Anna yer heee


Photobooth :: hahaha konon hari itu siap buat photobooth bagai...tapi haremm x sempatnya 
nak posing maut hahaha.bunga kipas itupun d.i.y tapi adik bongsu aku yang banyak tolong siapkan
x sempat hoi dengan anak kecik lagi...angin jer besar nak buat macam-macam hahaha


ni pulak adik-adik unisza  yang datang awal-awal...terima kasih yer banyak menolong hehehe
nanti kak buat lagi,korang datang tolong lagi yer ngehngeh


Arissa & her cutie Friend Numa Safiyya tuannya secantik namanya giteww


Candy Buffet :: yang ni dalam dua nak buat ke x nak sebab fikir x ada kanak-kanak sangat
tapi macam x best pulak x ada...daripada mini choclate fontain tue x bekerja sekali sekala bagi kerja
tapi x ada la meriah dengan candy sangat.semua desert handmade by me huhuhu termasuk lah kek
dah nama tokey kek opss hehehe.kalau ikutkan 4 biji kek tapi kek cheese x sempat nak buat dok pulun buat cupcake...tapi still x puas hati huhuhu




cukup 1 family...kami dah berlima pun :)
pencahayaan x lawa...guna camera henpon jerk
baju pun x sempat nak tukar..tetamu datang aku dok tengah masak lagi hahaha
maaf yer sa...

Main menu :: Bihun sup dan Spaghetti Bolognese jer....


Abah layan princess Afina yang nak makan jer...
ajak bergambar payah huhuhu


antara tetamu yang hadir...gambar member 1 family x ada yang ok...
punya la hajat dihati nak bergambar sekali tapi x sempat
aku yang kalut dia pun kejar masa...

Member en.asben yang lain mungkin balik kampung kebetulan malam sebelum majlis 
perginya TGNA Al-fatihah...



ok...gambar princess Arissa je dapat hehehe
terima kasih dari kami kerana sudi hadir majlis yang sangat2 x seberapa




Dan thanks for gift yang sangat melting hehehe
umi yang suka lelebih









Notatanganaku :: Alhamdulillah walaupun majlis simple sangat2 tapi puas hati bila tengok double NKA gembira...tambah2 bila meraikan sesuatu yang diorang faham apa maksudnya.
umi & abah cuba sebaik mungkin untuk gembirakan anak-anak umi & abah....semoga anak-anak umi & abah sentiasa diberkati serta berjaya didunia juga akhirat.


Saturday, February 21, 2015

20 Februari :: Happy Birthday Afina










Ya Allah,
 Kau anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku, 
panjangkan usianya, sihatkanlah tubuh badannya,
 akhlaknya, agamanya, sejahterakanlah jiwa dan raganya, 
alirkan rezekinya melalui tanganku, anugerahkanlah kepadanya kecerdasan akal 
dan kesucian hati.
Ya Allah, 
Kau bantulah aku mendidiknya 
dan jadikanlah anakku agar dia selalu menyayangi dan mencintai aku dan keluargaku.
 Jadikanlah anakku orang yang baik dan takwa,
 yang mempunyai pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, 
Berikanlah semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, 
berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat. 
Amin......

Selamat Hari lahir yang ke-2 Nur Khairus Afina

Thursday, February 5, 2015

Persediaan menyambut Hari lahir



Assalamualaikum....hohoho skema pulak tajuknya

aku sekarang dalam mood nak sambut besday
besday dua puteri aku tue...

kalau ikutkan Arissa bulan 1 lagi tapi lebih elok disambut jer
dengan Afina bulan ni...x pe lah bukan pada tarikh pun yer anak-anak
berjimat cermat tue penting yer anak-anak hehehe

tahun depan mau umi buat 3 orang terus
sekali dengan anibeseri umi abah terus ke hahaha
majilis pun bukan nak buat besar pun...
cukup ajak sahabat handai,rakan taulan jer hehehe


ni aku nak buat checklist untuk sambut besday yer ::


 1. Tarikh, waktu dan lokasi *
 2. Tema *
 3. Kad jemputan, senarai nama tetamu *
 4. Aktiviti permainan kanak2
 5. Pakaian anak yg menyambut hari jadi
 6. Topi birthday
 7. Ucapan dan bacaan doa *
 8. Banner *
 9. Belon dan hiasan *
10.Makanan berat   *
11.Candy buffet / dessert table *
12.Goodie bag
13.Birthday Cake *
14.Cupcake *
15.Paper plate n cup *
16.Makanan ringan spt marshmallow/candies/gummies/chocolate/macarons/snacks etc *


ok tue jer...majlisnya nanti aku update yer...

Monday, January 19, 2015

Majlis Cukur Jambul Nur Khairus Aqeela & Ahmad Aqeef Haziq




Majlis ini baru jer buat Jumaat 16/1/15


Majlis cukur jambul anak aku dan anak buah aku merangkap anak bff aku
haaa ko dah kenapa tue nak mention kan hahahaha
Majlis ini di rancang last minit sebab aku belum buat majlis cukur jambul anak aku


dah bila lahirnya anak buah aku 6.1.2015
aku decide nak balik kampung sekali dengan abang aku
alang-alang boleh jugak merasa aku berpantang dengan bff aku kan
so,aku cadangkan kat asben nak buat majlis sekali jer dengan abang aku
nasib baik cadangan diluluskan hehehe



Majlis nie simple jer...kami kat kampung nie jarang sangat
yang buat majlis berendoi dengan buai dan pelamin bagai.
majlis kami just ajak orang lelaki dalam 20 ke 30 orang untuk tahnik dan selawat
lepas selesai semua tue barulah dihidangkan makanan untuk tetamu yang datang.



cuma aku dan sil aku nak buat kelainan jer sikit
itupun nasib baik ada lagi tirai yang abang aku kahwin dulu dan adik bongsu aku
sudi dan bersungguh-sungguh bagi kerjasama.


kalau harap kami berdua memang x la kan nak panjat tinggi-tinggi nak pasang tirai hahahaha
thanks yer a.anim atas pertolongan dan kesudian
melayan karenah kakak-kakak anda ini hihihi



putera dan puteri kami di tahnikkan







Raja sehari la sangat kan!! hihihi baju pun siap ada mahkota gitu hahaha








sil wif anak sulung dia...sayang sangat kat adiknya nih!



adik pompuan tinggal dua orang ni jer.... sorang keje x dapat cuti
sorang lagi terpaksa balik "u" huhuhu


bila dah ramai anak nie gambar candid la yang banyaknya hehehe
Afina pulak hari tue bad mood...mak sedara kesayangan kena balik "u" hihihi







haa...beribu thanks to my adik hehehe
sudi melayan kakak yang banyak karenah
dan sudi jadi baby sitter x berbayar hehehe






Notatanganaku :: Alhamdulillah...segalanya dah selesai,just tunggu habis pantang jer nak pergi klinik
untuk sunatkan baby pulak.




Sunday, January 18, 2015

Cerita Kelahiran ketiga



Assalamualaikum...


16.12.14 :: hari ini dah 4 hari aku overdue...ke klinik checkup macam biasa
 tetiba check jantung baby nurse bagitau jantung baby macam lemah
jantung aku yang laju bila dengar macam tue.


terus doc refer aku ke hospital...sebab dah overdue
doc risau baby terbelit tali pusat,benda macamtue nak scan x nampak kata doc ler.
mata aku dah mula berair dah...x sanggup nak tinggal anak tetiba macam nie
Tapi Alhamdulillah doc bagi asben aku yang hantar,sempat la balik jap tengok anak


rasa cuak jer hati serah diri kat hospital awal-awal huhuhu
sampai sana,terus check jantung baby...doc kata ok jer...
tunggu scan kalau x ada apa-apa aku boleh balik.
tapi rupa-rupanya bukaan dah 2cm so, doc suruh aku admit ward



17.12.14 :: hari ini check bukaan dah 4cm sekali lagi rasa cuak
cuak sebab lansung x ada rasa sakit..macam-macam dalam otak aku ni...
yang pasti aku takut nak beranak nanti pun x sakit
aku bukan risau x sakit....yang aku risau kalau x ada kontraksi macammana nak push huhuhu
kalau ikutkan doc dah suruh aku di refer ke labour room...tapi labour room asyik penuh
so,seharian jadi tertunggu dan ternanti-nanti masa untuk di tolak ke labour room tapi nan hado


18.12.14  :: lagi sekali check bukaan still 4cm tapi doc kata nak tolong bagi bukaan cepat
aku pun x tau doc buat macammana, tapi hanya Allah jer yang tau sakit sangat-sangat
mungkin sebab doc india walaupun pompuan tapi kasar sikit.


mengigil aku satu badan...tetiba rasa serik huhuhu
sekali lagi ternanti-nanti untuk di tolak ke labour room,walaupun x ada sebarang kontraksi..
malam tue dalam pukul 12.00am aku tidur...rindu sangat-sangat kat anak-anak Allah sahajalah yang tahu.


19.12.14 :: 12.30am tetiba aku terjaga kain yang aku pakai basah
tetiba jadi blur...boleh pulak aku tanya orang air apa hahaha
aku terus g check...punya ler lama tunggu doc sampai, bila doc check...yup! aku leaking...


tapi doc cakap dia dah boleh  rasa rambut baby tapi bukaan still 4cm
masa tue memang dah  x boleh tahan,kontraksi menjadi-jadi...
aku boleh rasa baby dah menolak nak keluar


doc pakar check cakap pun memang dah rasa rambut baby...risau wehhh sebab still 4cm
2.45am aku ditolak ke labour room...sekali lagi doc check,bukaan still 4cm
tapi doc tolong bukakan lagi...kali nie katanya dah 5cm...lega!!!


2.50am aku dah rasa macam baby dah nak keluar
nasib baik doc cakap dah boleh meneran...
12.56am pada hari penghulu segala hari, dengan 5 kali aku push
Alhamdulillah berakhirlah suatu penantian...keluarlah puteri ketiga kami dengan berat 3.7kg...
terkejut aku huhuhu nasib baik ler senang awak keluar yer sayang.


Alhamdulillah...hari ini dah pun masuk 31 hari aku berpantang
bermakna dah 31 hari umur puteri ketiga kami.

Nur Khairus Aqeela 1st Day


honest review dari aku pasal hsnz
aku suka sangat bersalin kat hsnz...dengan nurse hsnz yang baik-baik...
aurat lebih terjaga maksud aku x adalah terdedah terus macam sesetengah hospital
walaupun just hospital gomen...still boleh request nak doc pompuan.aku x tau la
kot sekarang semua hospital macamtue ngehehehe :D






Notatanganaku :: xsabar nak habiskan pantang...teringin nak berjalan2 hahaha boleh macamtue.

Monday, January 5, 2015

3 JANUARI....Happy Birthday Arissa





3 Januari 2010 - 3 Januari 2015 6.30am
Genaplah umur Puteri sulung kami 5 tahun
Alhamdulillah....hadiah yang x ternilai buat umi dan abah.


tapi tahun nie x ada lagi sambutan untuk sayang umi nie...
maklum je la...umi masih lagi berpantang
tunggu semua selesai yer sayang...
boleh celebrate dengan besday kakak Afina sekali
hihihi save bajet umi hahaha


Ya Allah...
Kau anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku,
 panjangkan usianya, sihatkanlah tubuh badannya,
 akhlaknya, agamanya,
 sejahterakanlah jiwa dan raganya,
 alirkan rezekinya melalui tanganku,
 anugerahkanlah kepadanya kecerdasan akal dan kesucian hati.
Ya Allah..
Kau bantulah aku mendidiknya 
dan jadikanlah anakku agar dia selalu menyayangi dan mencintai aku dan keluargaku.
Jadikanlah anakku orang yang baik dan bertakwa,
yang mempunyai pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, 
yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad S.A.W.
Berikanlah semua itu dengan petunjuk dan rahmatMu, 
berikan kepada kami apa yang terbaik di dunia dan akhirat.
 Amin......

SELAMAT HARI LAHIR 
Nur Khairus Arissa


Friday, January 2, 2015

2 Januari 2015




Alhamdulilllah....aku masih diberi peluang untuk menyedut udara di tahun 2015
2014 terlalu banyak kesah pahit,manis....
2014 Kita di bumi Malaysia diuji dengan pelbagai dugaan...
sehingga ke penutup tahun 2014.



Aku sendiri pun diuji dengan perkara yang x terduga oleh diri sendiri
tapi Alhamdulillah penutup tahun 2014 oleh kurniakan rezeki kepada kami
seorang lagi cahayamata perempuan
in shaa Allah akan jadi anak yang solehah.



2014 akan menjadi satu ingatan yang x mungkin dapat
dilupakan oleh semua semua orang.



Azam??



aku nak perbaiki diri untuk menjadi hambaNya yang lebih baik
In shaa Allah!!!




Total Pageviews