Thursday, August 22, 2013

Contest :: Family Potret Raya.







Assalamualaikum...

Tetiba teringin ala-ala gedik gitu nak join contest ni hehehe
sebab tahun ni ada gambar ni...gambar kami berempat :)
dan x pernah pun join sebarang contest heeee
Selamat Hari Raya yer 



Wednesday, August 21, 2013

Afina :: Solid food




Dah sampai masa untuk Afina makan hehehe
bila aku google banyak kaedah dan cara untuk bagi solid food kat baby
kat klinik pulak nurse ada bagitau
6 hari pertama bagi bubur nasi sahaja (bubur yang dikisar dan ditapis)
6 hari kedua campur dengan sayur yang dikisar lah jugak kan.
6 hari ketiga campur dengan ikan juga dikisar dan tapis
6 hari berikutnya bubur dicampur dengan separuh kuning telur sahaja.
dan macam lagi la resepi yang nurse bagi.


Dalam tempoh 6 hari  bukan apa, untuk baby mengenal rasa dan untuk mengesan elergik
tapi kebanyakkan aku tengok bagi puree dulu untuk 1st solid food
so,aku rasa itu lagi relevan kan supaya perut anak pun x de lah terkejut.


tapi apa-apa pun ok asalkan ko jangan bagi makanan yang baby x boleh telan sudah
macam kata Dr.Tiwi nih!!
Dr.Tiwi menambahkan, jenis makanan yang diperkenalkan juga sebaiknya disesuaikan dengan berat badan bayi. "Kalau berat badannya kurang, sebaiknya pilih makanan yang tinggi kalori,"  sumber


ok, untuk 1st solid food Afina aku buat Puree Carrot tambah susu yang di "mermet"





 Afina suka ke x jom tengok reaksi dia


1st suap, bukan main comot anak umi nih hihihi


buka mulut nak lagi ok
sedap la kot heeee


seterusnya still buka mulut, ok umi suap lagi
macam suka jer


tersengih-sengih...suka ye dapat makan

dan last sebelum habis lagi
puree tue






sempat la jugak aku snap walaupun kabur gambarnya 
tetiba dia buat reaksi camni
dah kenyang kot baru rasa puree 2 x best 
Hhmm Afina...hari ini still lagi bagi puree ni
macam tu jugak reaksinya.
tergelak jugak uminya nih hahahaha


Nanti umi tukar puree epal pulak ye cayang
hope cayang umi suka yer hihihi










nota kaki :: bukan senang hoi aku nak bertahan sampai Afina 6 bulan ada jer yang suruh aku bagi makan                        Afina awal lagi huhuhu

Tuesday, August 20, 2013

Afina :: 6 Month



20/8/2013 maknanya Afina dah 6 bulan
cehhh!! siap tarikh aku bagi heee
berat Afina baru jer mencecah 6.45kg bagi aku ringan sangat-sangat
pelik jugak aku asal ler anak orang lain boleh mencecah 8,9 kg dalam umur dia.


susah betul anak aku nak naik berat
bulan lepas naik  300g bulan ni 150g jer
ikut graf still cantik tapi maknye ni terlebih risau
nurse cakap beratnya naik sikit sebab dah tiba masa untuk makan


so, get ready yer umi... Afina nak makan dah :)
tentang perkembangan lain Afina baru jer angkat dada dan lutut
aku rasa tanda untuk merangkak ~mungkin la hehehe
x sabar untuk tengok Afina menjelajah rumah dengan merangkak.


Tapi sebelum masuk 6 bulan Afina lansung x nak dok bawah
huhuhu naik stress umi...tido pun x nak tido bawah aduhai anak...
kalau boleh bergilir ok la jugak, ni x..nak dengan umi jer
banyak kerja umi terbengkalai ~boleh pakai x alasan tu hihihi 







ok...i'm 6 month already now :)




Saturday, August 17, 2013

Entri untuk raya kedua


Nak jugak entri untuk hari ini :)
today is my birthday huhuhu
buat masa ini x ada apa pun yang istimewa aku nak cite
harap plan yang di rancang jadi ler in sya Allah...

Raya ke10 baru up entri raya kedua :p
raya kedua tahun ini aku rasa lagi best dari tahun-tahun sebelum ni
bukan apa biasa Raya 1st je meriah sangat-sangat
tahun ni raya kedua kak aku yang ketiga pulak buat open house
apa lagi,memang satu hari dok umah dia je lah
dan sekali lagi adik beradik aku berkumpul lagi
~ amik ko lama sangat x berjumpa dan berkumpul



dah siap hidang opkos la kami yang rasmi makan dulu kan
punya la rajin kak aku sampai tiga menu utama dibuatnya
Nasi ayam , laksa penang & Roti jala + kari ayam
semua aku rasa, nampak x ketamakkan aku kat situ
macammana badan x gem.. opss
tapi gambar ni saja nak bagi adik aku jeles hihihi 
al-maklumlah dia kene keje lagi raya 1st & 2nd


selesai jer makan apalagi sesi berpotret lah pulak hehehe


ni adik-adik aku yang 3 dari bawah 
maksudnya ke9 ke10 & ke11
semua dah besar macam x percaya jer
yang bongsu tahun ni dah spm
x lama lagi berderet pulak kenduri umah ma nanti hehehe


Afina posing lepas bangun dari tido :)


Our family (khai-rus family)


Family kakak yang sulung



Family kakak aku yang ketiga
a.k.a tuan rumah ler :)


Family abg aku yang ke5 atas dari aku
wif  my bff



family yang lain masa ni belum sampai lagi
adik aku  & wife dia sibuk jadi cameraman nasib ler 



terasa ramai pulak anak kami ni hihihi


adalah jugak gambar wif kakak aku yang kedua
Al-maklum ler dia lewat sampai banyak sangat jemputan ke open house


dan last sekali nak tunjuk jugak gambar ni
kak aku yang sulung (no 1) wif adik bongsu (no 11)
dah nampak sama je tapi jangan x tau yer tinggi lagi adik yang bongsu hehehe




ok dah habis lah cerita raya aku puas hati sangat2 raya tahun ni...terubat rindu kat adik beradik huhuhu

Thursday, August 15, 2013

Cerita Raya 2013


Hari ini dah masuk 8 syawal sudah...
haa!! ko sampai 8 syawal baru nak up entri pasal raya
macam biasa lah dok kampung saja dah seminggu
balik sini mood pun jadi kupu-kupu, x puas dok kampung.

Sehari sebelum Raya sepupu aku kemalangan
dan terus meninggal pada hari itu jugak Al-fatihah...
so, raya pertama mood family aku dalam keadaan sedih
semua balik kampung kat kuala krai.
x nak cite panjang ~bukan korang nak baca pun kan 

Hari buat ketupat :) a.k.a sehari sebelum raya



en.asben tunjuk skill ~ khusyuknyee
aku memang x berapa nak pandai ler :p


hari sebelum raya memang dua-dua family sibuk
dari pagi hingga ke pagi esoknya :)




Raya pertama :

Pagi raya di rumah family belah en.asben


potret family khai~rus gituu :)





  lepas g beraya baru ingat nak berpotret
tapi x cukup korum heee

lepas zuhur terus bergerak beraya belah family aku pulak
tapi sebab raya pertama kak aku buat open house terus jer ke rumah dia.
tiap-tiap tahun jadi tradisi pulak semua adik beradik berkumpul kat rumah kak aku yang ke2



ni kes tuan rumah belum sampai umah lagi, kami bergambar je la..
macam kami pulak tuan rumahnya hehehe

wif my sil & bff harus lah ada gambar berdua gitu hihihi
erk!! bertiga nih :)
muka penat wehhh!!



women in the house
muka sesorang nampak sangat dah penat
mau x penat semua berkumpul dari pukul 4 
sampai pukul 10 malam baru semua beransur balik
yang balik rumah ma sambung lagi sampai pagi
letih tapi happy ~ rindu nak berkumpul rama-ramai lagi huuu





Next entri pasal raya kedua pulak yer hihihi, bukan apa berchenta aku nak siapkan entri nih pfftt






Sunday, August 4, 2013

Cuti Raya


Lagi 4 hari dah nak raya...kenapa hati ni sayu je ek huhuhu
Orang dah balik kampung pun, aku baru nak cerita bab cuti raya
ye la, orang niaga macam aku ni memang x payah mintak cuti
x payah nak tunggu cuti approve ke apa...memang x ada dalam kamus hidup.

Tapi...serba salah jadinya, kalau fikirkan niaga rasa x nak balik kampung
nak cari duit banyak-banyak ~ sangat tamak haloba hahaha
tapi x ada la macam tu sekali, family masih jadi keutamaan.
tambah-tambah nak raya ni.

Masa ni la semua family berkumpul, kalau x memang jarang sangat dapat jumpa
family aku 4 dah dok KL, yang dok Klate pun jarang dapat jumpa
kadang-kadang masa aku balik umah ma bukan masa diorang balik.
nak suruh balik pun, masa aku balik tu lah diorang ada komintmen lain
nama je adik beradik sebelas orang ko...
dapat jumpa just 3,4 orang je kalau balik kampung

Kalau family en.asben lagi lah semua 6 beradik
yang 1st baru balik dok kampung baru dapat jumpa kalau balik
yang 2nd, dapat jumpa kalau aku balik hari cuti jer.
aku niaga macam ni sayang ko nak balik kampung hari minggu.
sorang dok Melaka, sorang dok Pahang & sorang lagi still study kat UIA
kalau balik kampung ada la mak mentua dengan ayah mentua jer

panjang pulak citenya, kalau ikut giliran tahun ni giliran umah en.asben
kami x kesah sangat, sebabnya 1 negeri walaupun rumah kami x ada la dekat sangat
tapi hari 1st raya still raya dua2 rumah. Cuma mungkin ke rumah yang kedua lewat sikit
yang penting aku tetap boleh beraya dengan adik beradik aku hehehe

dok menghitung hari nak balik kampung ~padahal bulan lepas baru balik hahaha
janji plan untuk kami berbuka ramai-ramai kat rumah ma tercapai macam tahun-tahun sudah
cuma bezanya tahun ni wat dua hari sebelum raya, apa daya sebelum dah kena ada umah mentua.


mood :: tetiba teringin nak makan nasi dagang, nasi himpit...rindu kat adik beradik huhuhu
            rindu nak bakar lemang...rindu nak g bazar....rinduuuuu!!!! waaaaaa nak balik!

Total Pageviews