Wednesday, September 19, 2012

keperluan atau kehendak

12.24am...still x leh tido,dah banyak malam camni...macam2 dalam fikiran ni.yang paling utama pasal barang baby,pasal deko ruang tamu,deko bilik,deko bilik anak lagi huhuhu susah kalau semua kita nak perfect walaupun kadang2 diluar kawalan kita,bestnya kalau ada rumah sendiri nak buat apa2 pun x rasa rugi sangat hehehe ngade!!padahal boleh jer kalau nak mendeko rumah sewa pun.tapi 2 la terasa sedikit rugi pulak,pemikiran orang "keden" kot hihihi macam2 aku ni. Apa2 pun yang penting settle barang baby dulu. bape bulan je lagi cyg umi ni nak kuar kan :)

Asalnya dalam hati teringin nak beli breast pump electric tapi bila fikir2 balik macam x penting sangat,walaupun aku meniaga tapi sekurang2nya aku jaga sendiri anak2 boleh jer direct bf x payah nak buat stok bagai,bukannya ikut ofis hour pun,kul 1 cik asben dah balik n aku boleh bf  bila2 masa jer...kira benda ni just kehendak je la kan. Tapi kalau betul aku nak beli aku nak beli yang murah jer,dah survey kat on9 shop brand little bean just RM230 jer,emmm kena pertimbangkan bukan pe takut x sesuai tapi kalau manual punya cam x de kudrat sangat nak guna.cam baby 1st dulu aku guna kejap je yang manual x larat...baik selak bagi je baby pump sendiri hahahaha

sebenarnya berkenan ngn pump ni RM550 inc post tapi berbaloi ke kalau aku beli
kena betul2  fikir kepentingannya dulu lagipun aku niaga sendiri x perlu stok susu bagai

kalau yang ni dapat rasanya dalam RM200 inc post
boleh tahan sikit rasanya,kalau x guna sangat pun x de la rasa rugi kan hihihi
 tapi kalau beli benda ni kena beli la jugak Steriliser lagi senang nak basuh n didih beli mahal2 x berani nak letak dalam periuk atas dapur hihihi bila survey jmp yang combo punya RM230 1y warranty

comel jer aku tengok...kalau brand tommee tippee lagi comel
harga pun comel jgk hihihi

Yang 2nd pasal babycot rasanya yang ni perlu beli...dari pengalaman yang 1st kesian lak x de tempat nak tido kt kedai,kalau ada babycot cam selesa skit baby tido,lagipun ruang tuk letak babycot ada.tapi bajet dalam RM300 jer...cukup la kan dalam on9 shop ada harga cam2 tapi kena survey kat kedai jugak bende gini,risau lak nak beli thru on9 hehehe
yang penting kati baby perlu tengok beberapa perkara penting

Pemilihan dan penggunaan katil yang betul adalah penting.Antaranya :

1.Pastikan papan untuk letak tilam boleh dinaikkan dan diturunkan.Maksudnya, ada 2 tahap.
   Untuk anak bawah 1 tahun, kita boleh laraskan tahapnya lebih tinggi. 
   Tetapi, untuk anak 1 tahun ke atas, kena laraskan ke tahap yang lebih rendah.
2.Pastikan katil anak mempunyai tayar kerana senang untuk dialihkan serta sentiasa ingat untuk 
   mengunci tayar supaya ianya tidak bergerak.
3.Pastikan katil bayi tidak diletaakan di tepi tingkap, berhampiran suis elektrik, pemanas serta langsir. 
   Anda tahu akibatnya nanti kan?
4.Jangan gunakan bantal untuk bayi berumur 1 tahun ke bawah.
5.Pastikan katil yang dibeli mendapat kelulusan pihak keselamatan


haaa kalau portable rocker ni aku berkenan,x kira keperluan or kehendak aku kan beli jugak,cam mengidam lak aku tengok benda alah nih!dok usha2 harga on9 shop at Ummi Balqis Boutique harga dalam RM200 inc post ok murah yang amat,klu dari china n bukan brand fisher price dalam RM150,alang2 biar puas hati terus kan orang kata "alah membeli menang memakai " :)

teringin gile nak benda ni...x sabarnya aku nk order huhuhu
sabarlah wahai hati

Lagi satu benda yang teringin nak beli playgym,tapi yang ni tunggu baby kuar dulu la...hehehe
cma nak share gambar yang je

cantikkan kalau baby bergolek pun rasanya x kuar dari bende ni...
tapi x tau la kan kena try dulu hihihi
harga dalam RM80 lebih krg :)

emm...ok la dh berjela n3 ni,doakan moga aku dimurahkan rezeki yer :)
semuanya demi anak kan
x sabar nak tunggu baby kuar

Tapi kalau difikir-fikirkan semua ni kehendak je bagi aku bukan keperluan pun
nak beli boleh,kena tengok pada kemampuan jugak
yang penting settlekan mana yang penting dulu
semua ni boleh prefer pada kemampuan n kegunaan serta kepentingan hihihi
jangan kerana nafsu n keinginan jadi membazir pulak
kan???kan?? hehehe pendapat aku jer.





No comments :

Post a Comment

jangan baca je...komen la sikit :)

Total Pageviews