Saturday, September 29, 2012

syukur...

Alhamdulillah....pagi ni aku masih diberi peluang untuk bernafas & masih lagi dimurahkan rezeki.
Alhamdulillah ku panjatkan sejuta kesyukuran padamu Ya Allah.Pagi ni bila terjaga dari tido aku rasa sebak sangat2,macam2 bermain dalam fikiran bila difikir2kan barulah aku sedar...
terasa diri ini terlalu kurang untuk bersyukur,yelaa bila x dapat beli apa yang dihajati,
kita akan jadi sedih,padahal...cuba kita fikir benda yang kita nak 2 betul2 ada atau x kepentingannya,kadang2 2 hanya kerana nafsu jer semata-mata.

Terfikir jugak aku,camne la orang lansung x mampu nak beli apa2,orang yang masih tidak mampu untuk ada tempat untuk berteduh,orang yang terpaksa mengikat perut menahan lapar,orang yang terpaksa mengemis hanya untuk sesuap nasi,orang yang terpaksa hidup seperti perlarian ketakutan atas bebanan hutang & kehidupan diluar sana ramai yang mati akibat kebuluran. Kita yang mampu ni patut syukur dengan apa yang kita ada & apa yang kita dapat selama ni.

Tiba-tiba teringatkan arwah ayah, ayah seorang hamba Allah yang hilang deria penglihatan & menanggung 11  orang anak. Ayah menanggung kehidupan kami dengan hasil titik peluh berniaga & dengan sedikit ilmu didada sebagai seorang guru agama,juga sebagai imam. Aku kagum dengan ayah x pernah biarkan anak-anak rasa susah walaupun terpaksa kerja pagi,petang,siang & malam. Kemahuan anak sedaya upaya ditunaikan walaupun dia sendiri terpaksa mengikat perut. Dan membuatkan aku sedikit terkilan ayah pergi sebelum sempat untuk aku membalas jasa ayah...rindunya kat ayah...Terima kasih ayah,ma kerana besarkan kami dengan sempurna,walaupun bukan dengan kehidupan yang mewah tapi semua 2 sudah cukup buat kami.

Untuk suamiku...Thanks a lot atas segala nasihat & kehidupan yang cukup sempurna untuk syg & anak2
bukan kehidupan yang mewah syg pinta cukuplah kami mewah dengan kasih syg abg, bagi syg 2 semua sudah cukup & cukup :)

Ya Allah....aku bersyukur sangat2 dengan rezeki yang Kau limpahi kepada kami sekeluarga...kami mampu untuk hidup sempurna dengan kehidupan yang sederhana & bahagia. Terima kasih Ya Allah!!!!

No comments :

Post a Comment

jangan baca je...komen la sikit :)

Total Pageviews