Tuesday, December 31, 2013
Hari terakhir 2013
Alhamdulillah...2013 hampir berakhir 2014 akan menjengah
hai 2014 :) say hai untuk umur 29 ek wahahaa makin bertambah angka umur aku nanti
rasa macam muda remaja lagi hahahaha.
Apa-apa 2013 banyak meninggalkan kenangan pahit manis
1/1/2014 genap la setahun kereta Exora tue...kejap jer setahun ko berbakti untuk kami yer.
tahun baru banyak ko mintak duit yer wahai kereta
nasib baik kereta sebelum belum ada apa-apa claim
so, x de la ko nak banyak sangat kan wahai kereta *masih boleh tarik nafas lega heeee
Tercapai jugak nak beli yang besar....boleh bawak semua adik-adik
aku jalan-jalan gitu heeee,bila balik kampung boleh muat segala benda yang aku rasa
nak wat balik hahahaha.
20/2/2013 Lahirnya insan yang bernama Nur Khairus Afina
Alhamdulillah...Allah maha pemurah bermacam rezeki Allah kurniakan walaupun
hambamu kadang-kadang terlalai dalam mengingatimu...Alhamdulillah Ya Allah...
Kalau nak cerita yang pahit memang x akan habis...tapi setiap yang pahit
Allah sentiasa balas dengan suatu kemanisan.
Dan dalam bisnes Alhamdulillah walaupun kami terasa kadang "jatuh"
tapi kami cuba "bangun" dan terus bangun.
kami x nak terus jatuh kami nak kaya dan berjaya hehehe " Dear Dr.Azizan, pinjam slogan yer" :)
Oktober 2013 pula bermulanya proses percubaan untuk perniagaan berasaskan kek
jauh lari dari perniagaan asal...tapi perniagaan asal tetap kami teruskan
lagipun dah sebati dengan jiwa kami tambah-tambah dah jadi sumber rezeki kami.
Berakhirnya tahun 2013 dengan sedikit demi sedikit kejayaan untuk kami dalam bidang
perniagaan...In sya Allah 2014 akan menjadi titik permulaan untuk kejayaan yang besar untuk kami
Aminnnn!!!!
Azam 2014 nanti tahun depan kita cerita yer hihihi
NotaTanganAku :: banyak lagi entri tahun 2013 aku kepam hahaha...azam korang pe ekkk??
Labels:
blog
Saturday, December 21, 2013
Candy Buffet :: Idea untuk Birthday
Hari ini dah 20hb December...
hehehe bukan apa rasa kejap sangat-sangat masa berlalu
dah hampir nak masuk 2014
My Arissa dah nak masuk umur 4 tahun...Dah besar dah anak umi ni yer.
3hb Jan 2014 genab umur Arissa 4 tahun
tapi rancang nak sambut awal sikit...ye la bulan Januari macam dah x berapa nak meriah
semua pakat balik KL yang tinggal berapa kerat je nanti
nak-nak cuti sekolah ni ramai la anak-anak buah yang ada
itu yang best...meriah sangat kalau dah 30 orang dok berkumpul
bestnyeee....x sabar sangat!!!
majlis ni pun aku nak celebrate sekali dengan anak buah aku yang tua 8 hari jer dari Arissa
tapi dia 26hb...jadi setahun la tua dia alkisahnyee...
tapi kalau ikutkan dalam family aku pun dah 3 orang bulan 12
alang-alang semua ada aku yang merangkap adik Dan kakak korang akan buat special kek
punya untuk korang nanti yer...tolong tacing disitu.
Bila dah ramai anak-anak so, aku ingat nak try buat candy buffet
tapi x la aku nak buat meriah sangat...coklat Fontain pun nan hadooo
nak sewa...hohoho aku rasa x perlu
aku just nak d.i.y jer...aku kan suka d.i.y...jimat lebih disitu ekekeke
bukan kedekut kita kan digalakkan berjimat cermat
nak-nak bulan ni kene bayar roadtax kete hoi!!! pengsan mak nanti kalau banyak sangat bajet kuar
Bertabahlah wahai khairiah...pentingkan yang lebih penting
majlis untuk anak pun penting...tapi ada lagi yang lebih penting gituuu
so,aku dah buat mana yang patut aku d.i.y hasilnya lepas majlis aku tunjuk yer heeee
ioullls malu la uolllss ekekeke ngade bin gediks.
Jom kita usha-usha candy buffet yang yang bermacam tema kat sini
semua gambar ni aku google image jer dan save senang aku nak tengok cara n susun atur candy buffet ni
Tema Mickey Mouse
Tema Hello Kitty
Tema Elmo
Tema Rainbow
Tema Princess
Tema Kapten Pirates kot
ke Tema Laun yer
Tema Pink kot !!! ekeke i loikeee
psstt :: aku nak wat tema pe ek???huhuhu
Labels:
Idea's
Monday, December 16, 2013
Afina :: 10 bulan
Lamanya blog aku ni x ada entri baru
bukan malas ok *bajet orang kesah hahaha
banyak benda aku nak cerita kat blog ni banyak sangat!!!
Tapi sejak dua menjak ni aku terlalu dan terlampau sibuk,
sibuk dengan macam-macam perkara
perkara yang membuatkan aku terpaksa berulang alik balik ke kelantan
perkara yang terlalu banyak bermain dengan emosi
tapi yang best adik-beradik aku juga mai bercuti kat rumah aku ni.
happy sangat bila riuh rendah rumah ni...hilang sunyi dan rindu kat kampung
huhuhu teringin nak bermaustautin di kampung halaman.
berbalik pada tajuk pulak yer hehehe....Afina dah 10 bulan, berat still sama dengan 8 bulan
sedih sangat bila bulan lepas dan bulan ni lagi sekali Afina demam
cuma bulan ni teruk sikit...sampai x nak makan
x nak dok bawah...kali ni betul-betul 24jam kena dukung jer langsung x nak dok bawah
waima masa tidur sekalipun huhuhu. Bertabah la wahai insan yang bernama ibu
tiga hari aku terpaksa tidur lepas subuh gara-gara Afina meragam dan untuk jaga perubahan suhu
Apa-apa pun Alhamdulillah sekarang Afina dah sihat
dah nak makan, dah nak bermain macam biasa
Perkembangan Afina 9 bulan dan 10 bulan lebih kurang jer
dah boleh main tepuk amai-amai, panjat tangga sampai atas yang ni betul buat
aku dan abah dia lemah jantung....sekarang kitaorang make sure Afina depan mata
dan syukur kakak pun pandai jaga adik.
apa-apa yang adik buat yang dia rasa bahaya laju jer kakak bagitau umi or abah
lega umi...tapi still kena alert dengan anak-anak...umi takut dan seram hehehe
tangga ni umi layan jer baby nak naik turun pun hehehe
Afina said :: see Afina dah boleh panjat tangga heee
berhenti posing dulu jap
yeahhh!!! see umi baby dah sampai atas
senyum kat camera dulu
kakak tetap follow belakang, takut adik jatuh katanya
semoga anak-anak umi dan abah sentiasa saling menyayangi
umi sayang sangat kamu berdua :)
notatanganaku :: tengah planning tapi masih lagi fikirkan tema untuk sambut besday kakak...
tapi nak buat bulan Dec ni jugak nak sambut sekali dengan anak buah...
x tau jadi ke idok lagi huhuhu.
Labels:
Anak :: Nur Khairus Afina
Friday, November 15, 2013
"MLM" buat aku stress
First sekali aku nak minta maaf kepada pengemar,pengikut etc MLM
terus terang aku cakap aku sangat-sangat x suka,benci dan sewaktu dengannya
jangan sekali-sekali ajak aku join benda-benda gini
kalau korang rasa ko kaya hidup cara itu terpulang pada ko
aku sesekali pun x kan ikut ko.
Aku rasa sangat-sangat stress bila ada orang ajak aku join
sikit ke banyak ke modal aku tetap berkira dan aku kena kira
bagi aku benda ini hanya menyusahkan orang dibawah sahaja
terpulang lah ko jual produk apa pun.
dah terang-terang ko jual produk tapi x nampak pun ko jual produk
ko lebih kan keuntungan dari bayaran ahli yang bawah-bawah
itu bende yang aku rasa sangat la b.o.d.o.h.
Dan bagi yang nak promote MLM ni pun tolong alert dengan keadaan orang
sampai nak suruh berhutang... bergolok gadai bagai
dengan anak kecik 2,3 orang disuruh usung kehulu ke hilir semata-mata
untuk join group ko...agak-agak la yer kan makan jugak kaki aku ni.
notakakiaku :: bisnes-bisnes jugak, kaya-kaya jugak jangan sampai menyusahkan orang.
maaf bicara terkasar bahasa disitu huhuhu
Labels:
Just Me
Friday, November 8, 2013
Rozel In The House
Uihh...apa la teruk benor aku punya belog ni
serius jarang sangat berupdate huhuhu
aku nak sangat update hari-hari tapi...x tau la hihi
ala bukan ada orang kesah pun kan kuikuikui
*syok sendiri aku nih
ok sini aku bukan nak meniaga pun nih
just nak tunjuk aku buat jus Rozel hahaha
*macam orang heran kan aptb pfftt!!!
haaa!!! kalau ada yang x kenal ni namanya bunga Rozel yer
yang ni en.asben dah siap buang bijinya
aku kasi zoom sikit kehkehkeh
Pokoknya??? lupa pulak aku nak snap
bukan aku tanam, tapi mak mentua aku tanam
punya la banyak pokok rozel nih
berbunga x putus...x de musim la kot hehehe
Bertuah punya menantu tolong petik jer
haa!! jangan x tau petik bunga ni ala-ala petik strawberi gitu *nampak benor gile strawberi
hehehe bukan apa bunga ni nampak jer cantik *cantik??? ok bagi aku cantik ler
tapi penuh sembilu...tapi jangan risau x berbahaya
macam biasa ler nak wat jus ni, x payah ko nak blend bagai tapi korang buang ler bijinye dulu yeap
ko rebus jer ikutsukahati ko la nak letak banyak mana
kalau ko nak buat kordial *erkk betul ke ni
ko boleh letak banyak dan gula pun kena banyak la
sebab rozel ni masam ok
aku wat biasa jer senang letak dalam botol dan letak dalam peti
bila sejuk boleh ler minum x payah nak campur air dah
camni....aduhhh tetiba dahaga pulak aku nih hahaha
korang perasan x dalam dia ada bunga
aku sengaja letak sambil hirup air sambil makan bunga
rasa macam asam boi gitu sedappp!!!
sebelum aku lupa ni aku nak bagitau khasiat Rozel nih
- Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik.
- Memperlancar peredaran darah.
- Mengubati luka luar dan dalam.
- Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.
- Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)
- Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
- Mempunyai efek anti kejang otot.
- Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
- Membunuh bakteria penyebab TBC.
- Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan
- Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
- Mencegah penyakit jantung.
- Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
- Mengubati asma dan alergi.
- Mengubati insomnia.
- Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
- Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
- Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
- Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
- Menyihatkan mata
- Menyeimbangkan berat badan.
- Mengurangi panas dalam .
- Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
- Mengubati pening kepala/migraine.
- Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
- Menghilangkan sakit sakit di badan.
- Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA
- Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
- Mengobati sakit tenggorokan dan sawan.
- Mengatasi masalah stress/tekanan.
haaaa!! gila ko x nak minum jus Rozel...balik kampung nanti nak amik lagi hope ada lagi.
Labels:
Resepi
Tuesday, November 5, 2013
Salam 1 Muharram 1435
Abu Hurairah r.a berkata
Setiap kali datangnya tahun baru, membuat aku risau dan resah
kerana semakin singkat umurku, semakin dekat ajalku
Semakin nipis waktu pengampunan Allah terhadapku
Semakin dekatnya hari perhitungan ku...
Dengan bertambahnya usia dan tahun...
Semoga kita berubah kearah yang lebih baik
Sentiasa dilimpahi dan dilindungi dibawah lembayung Rahmat Ilahi...
In Sya Allah....
Sunday, November 3, 2013
Lavender Garden @ Cameron Highland
25/10/13 walau dah tinggal dua bulan lagi nak tahun 2014
sempat jugak la tahun ni aku jejakkan kaki ke CH lagi
macam dah kemestian pulak tiap-tiap tahun ke CH
tapi yang best kali ini ada orang sponser ok hihihi
ok tunjuk dulu tukang sponser hahaha
ala...dulu ahkak korang yang sponser, sekarang korang dah keje
elok jugak korang pulak sponser ahkak korang ni hihihi
mungkin sebab tiap-tiap tahun pergi CH jadi macam sedikit boring
tapi kira ok la ada jugak benda baru kat CH tue
sampai jer CH jumpa tempat ni dulu,so walaupun penat
dengan muka sorang-sorang macam orang bangun tidur *memang tido pon kata 6 jam perjalanan kan
kami layan juga masuk tempat ni...takut x tersinggah balik nanti
tapi yang sedih bateri kamera pulak habis kes lupa nak charge
ok ni aku nak cite benda baru kat CH
Cameron Lavender @ Cameron Lavender Garden
Depan garden ni ada landskap yang sedikit comel seperti dalam gambar
abaikan model x bertauliah di atas.
sampai area Tringkap korang akan nampak Garden ni dulu belah kiri tepi jalan jer
parking banyak jangan risau hehehe
nak masuk sini dewasa kena bayar RM5 kanak-kanak RM3
masuk je dalam ni ko akan jumpa kereta yang comel dihias polkadot purple gitu
sesuai dengan nama garden ni ler
dalamnya ala-ala korea gitu *walaupun aku x tau korea tue macammana
dan ada yang mintak nak amik gambar korang
korang x payah bayar pun,cuma nak keluar nanti dia tanya la nak beli ke x gambar siap dalam frame
korang akan jumpa jugak rumah burung hiasan yang comel sangat
rehat kejap untuk sambung mendaki lagi hihihi
tempat ni bertingkat-tingkat
pandangan dari atas jalan yang kami lalui sebelum sampai sini
kat sini ada jugak kafe yang boleh tahan la cantiknye...
naik lagi 1 tingkat ada taman bunga
petik boleh sekuntum rm2 x silap ler
kat sebelah kami tue ada kolam ada sentuhan sedikit air terjun mini kot :)
ada juga strawbery farm korang boleh petik
tapi tetap berbayar...rasanya sini mahal sikit la
pandangan dari atas kat taman bunga tadi
kat sini kalau nak beli souvenir dari lavender pelbagai bentuk,rupa n bau pun ada
ni pulak jalan untuk turun keluar dari garden ni
sepanjang jalan ada jugak kedai jual souvenir cameron
tapi aku x beli pon, best lagi beli kat pasar malam muahahaha
dekat pintu keluar ada patung hello kitty
cutenyeeee....
kauter dekat pintu keluar ada jugak jual buah strawbery
pon aku x beli...
depan kaunter cute ni korang boleh beli gambar yang diorang snap
harga aku x tau....pon aku x amik hehehe
p/s :: nanti nak wat entri satu-satu tempat aku jalan-jalan ler...alang-alang dah banyak
kali pergi kan hihihi tapi x banyak pon gambar yang ada huhuhu
kat dalam ni banyak bende diorang DIY so nampak kreatif disitu :)
Labels:
Cameron Highland
,
Holiday's
Monday, October 21, 2013
Afina :: 8 bulan
Ramai pulak yang cite pasal raya kan
aku pulak x de mood nak cite pasal raya
raya yang menyedihkan tahun ni huhuhu
ok lupakan...hari ni cam biasa bawak Afina
ke klinik. 8 bulan baru 7kg...naik sikit jer beratnye
graf mendatar jer... x pe la, janji anak umi sihat kan :)
Perkembangan Afina untuk 8 bulan
dah boleh duduk tanpa sokongan
yang ni aku rasa selepas sebulan boleh merangkak
dalam 7 bulan lebih...x sure pulak tengok dah boleh duduk
ngadap anak 24jam pun boleh x perasan hihihi
cuma sebelum boleh selalu sangat jatuh ke belakang.
Bila nak apa-apa dengan umi mulut dia akan bunyi ma..ma
panggil ke pe cam 2 hahaha
Tapi bila panggil abahnya boleh pulak dia sebut abababa
x kan dah pandai panggil kot...
suka ikut apa yang kita buat
like ketuk...tepuk...dan paling x tahan suka sangat kacau kakak tido
balas dendam agaknye kakak suka kacau baby kan.
gigi still belum tumbuh...lambat pulak gigi nak tumbuh
umi suka la juga...seriau kalau ingat kene gigit masa bf huhuhu
tapi tang suka berdiri wat umi takut jugak
selalu jer jatuh dan terhantuk kepala kat lantai
adui...x tau nak buat camne...
kadang-kadang x sempat nak menyambutnya huhuhu
Afina @ 8 bulan
kalau ke sini x sah x letak atas bende alah ni
aduhai anak...dah pandai kamu yer nasib la free hihihi
main la sampai tutup kedai pun
test drive yer Afina :)
dah mula wat perangai siap berdiri lagi
walaupun bende ni tengah bergerak
Afina rilek jer berdiri...aduhhh!!!
dah mula layan perasaan...agaknye dah terliur tengok kakak
dok main slide depan dia nasib baik x leh jalan lagi yer hihihi
kakak pulak bila masuk sini ligat terus x sempat umi nak snap-snap dah...
cepat jer anak membesar kan!!...no 3 ??? umi belum bersedia lagi
tunggu Afina besar dulu yer...awak pun x larat dah umi nak melayan hihihi
Labels:
Anak :: Nur Khairus Afina
Monday, October 14, 2013
"Chocolate Moist Cake" In The House
Macam aku cakap kat entri sebelum ni
aku ada buat projek kecik-kecik
So, sekarang aku ada amik tempahan & jual kek coklat moist ni
~In sya Allah x ada aral melintang kek lain pulak menyusul
Alhamdulillah...dalam 2 minggu pertama
jualan untuk kek ni sangat-sangat di luar jangkaan
aku amik tue sebagai semangat untuk aku terus berjaya... gituuu :)
yang ni saiz paling kecik
kiranya mini Chocolate Moist Cake
Kalau yang mini ni sesuai la kalau nak buat doorgift
untuk sebarang majlis apa sekalipun
aku juga amik tempahan untuk mini Chocolate Moist Cake ni
kalau untuk majlis aku sediakan Ribbon (boleh request warna tema majlis)
Rasanya memang super duper moist gitu
aku letak kat kedai 50 bekas dalam sehari dah habis
Alhamdulillah...rezeki Allah bagi
~bolehla nak tampung2 apa yang patut kan :)
aku jual yang kecik ni RM1.00 jer satu
lagi satu saiz besar sikit dari yang mini tue
ni rupanya view bahagian atas kek ni
Yang ni aku jual RM4.00
tapi still boleh kurang lagi ikut terma & syarat gitu :)
psst :: Esok dah nak raya aku masih di Terengganu... petang nanti baru nak bertolak balik
x balik x boleh la kan. niaga2 pun family tetap no 1... Selamat Hari Raya Aidiladha yer korang
selamat menunaikan ibadah Qorban
Labels:
Business
Monday, October 7, 2013
Kesibukan yang melampau...
Aduhai...lamanya blog ni x berentri baru ~ayat apakah itu hihihi
rutin aku macam biasa bangun pagi
urus anak, urus kedai, urus rumah, urus makan, urus pakai
jenguk blog2 yang ada entri baru...x pun jenguk blog susunatur
jangan x tau walaupun dok pegang Afina
aku masih boleh berblog walking hihihi ~ tapi kene tengok mood Afina ler
nak update entri memang x boleh, mood untuk menaip ada kat Afina
Tapi serius aku cakap rasa macam x cukup jer masa 24jam
terasa cepat sangat masa berlalu
baru je masuk bulan september tuptup dah masuk bulan Oktober
x nak masuk bulan December boleh x
ni kes sebab kene bayar roadtax...arghhh sangat x best
pakai kete nak pulak kan hahaha
ok berbalik pada aku x cukup masa kikiki ada orang nak tau ker??
Buka kedai macam biasa kul 9.00am ~sesape nak datang kedai
tolong datang kul 9.00 yer
buat itu, buat ini dah tengahhari
tengahhari sampai la kul 2.00am atau 3.00am baru aku stop bekerja ok
~ macam orang lain x buat keje kan
penat memang penat...tapi dah terbiasa
Kalau dulu boleh la kalau rasa boring dok kedai, naik lepak atas
tapi sekarang aku tengah urus new project lar sangat hihihi
projek tambah duit ler ~aku kan orang niaga x macam orang makan gaji
kadang banyak kadang sikit so, kena la fikir untuk tambah pendapatan gituuu
Bukan projek besar sangat pun
projek yang aku suka buat sebab memang mula2 aku pandai masak
bende ni la yang aku buat hahaha
projek baking membaking jer...buat masa sekarang aku buat dulu
Chocolate Super Moist Cake
masih dalam projek kecik-kecik
Hantar kedai-kedai dan kalau kebetulan en.asben ade kerja kat sekolah
dia bawak sekali pergi sekolah
Alhamdulillah cikgu-cikgu memang baik hati
x sia-sia kalau bawak ke sekolah laju jer licin hihihi
Nota kaki :: Kalau korang area Terengganu n Kelantan boleh r nak tempah penghantaran percuma jer
berbagai jenis saiz aku buat...atas kehendak ler.untuk sebarang majlis pun boleh...nanti aku upload pic yer
kbai!!!!
Labels:
Our Life
Monday, September 23, 2013
Afina :: 7 Bulan
Alhamdulillah...
sekarang Afina dah masuk 7 bulan dah
makin hari makin panjang akalnya
merangkak bukan main laju
dan suka sangat berdiri, x padan dengan kecik
tapi yang x best pantang nampak kakak masuk bilik air
mengamuk nak ikut.
kalau nampak tangga ada pulak hati dia nak panjat pfftt...
sebelum panjat tangga memang kene buat something
x sanggup nak bayang tetiba dia naik tangga
mau meroyan umi nih ishishish...
Pantang nampak keyboard ~ dah kata anak tokey cc hahaha
suka sangat tarik- tarik kabel tapi just kabel mouse dah keyboard ler
paling x best suka amik something yang ada kat bawah
tapi Alhamdulillah setakat ni belum masuk mulut lagi
Tahap perkembangan Afina memang bagi aku cepat sikit
macam aku cakaplah Afina penuh kejutan
tapi gigi belum ada tanda nak tumbuh lagi
Kakak dulu 7 bulan dah nak penuh dah hehehe
satu hal yang x best still lagi nak berkepit dengan umi 24jam aduss
hi semua...ni hobi baru Afina yer :)
Saya belum ada gigi yer hihihi
i'm 7 month now!!!
Nota kaki :: Ummi sangat2 gembira dengan setiap perkembangan anak-anak ummi
semoga anak-anak ummi akan jadi anak-anak yang solehah dan bijaksana hendaknya
in Sya Allah Aminnnnn...
Labels:
Anak :: Nur Khairus Afina
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)